Ruang angkasa Disneyland California bertukar jadi warna oren

“Dunia sudah berakhir ke?” – Itu antara pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan oleh netizen di laman media sosial apabila mendapati ruang angkasa di sekitar Disneyland California bertukar menjadi warna oren semalam.

Foto yang mulai menghujani media sosial itu mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen yang terpinga-pinga dengan apa sebenarnya yang berlaku.

Pengguna Twitter David memuat naik foto keadaan Disneyland itu di Twitter dengan berkata: “Adik saya kini berada di Disneyland dan menghantar foto-foto ini. Adakah dunia sedang berakhir atau benda pelik lain berlaku? Sebab ianya sangat teruk”.

Beberapa pengguna Twitter lain turut memuat naik gambar keadaan pelik itu namun sebenarnya ia berpunca dari kebakaran yang berlaku di utara California, lapor BBC.

Kebakaran itu tersangat teruk menyebabkan 1,500 bangunan musnah dan 13 maut serta 150 masih hilang.

Sumber – siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *