“Rush Hour 4 Akan Berlaku Tetapi Dengan Satu Syarat” – Jackie Chan

Jackie Chan telah mengesahkan filem keempat franchise terkenal Rush Hour, Rush Hour 4 akhirnya akan berlaku dan hanya jika Chris Tucker turut bersetuju dengan cadangan itu.

Mungkin pada hujung bulan ini, kita akan dapat draf kedua skrip dan tahun depan, (kita akan) mula. Jika… Chris Tucker setuju.

Kenyataan itu membuktikan yang filem Rush Hour 4 telah menjadi topik perbincangan mereka sejak sekian lama lagi, tetapi pasangan polis kesayangan ramai itu berulang kali telah menolak skrip yang tidak menepati keinginan mereka.

Selama tujuh tahun ini, kami telah menolak skrip itu, menolak skrip ini.  Semalam, baru kami bersetuju.

Chan juga menegaskan yang walaupun Tucker diam secara tiba-tiba berhubung isu itu, ia tidak bermakna yang dia sedang memegang sejumlah wang yang besar atau sedang membuat permintaan yang tidak masuk akal.

Ia bukan soal duit! Ia mengenai (mempunyai masa) untuk membuatnya.  Atau, Rush Hour 4, kita semua adalah lelaki tua.  Saya beritahu Chris Tucker, ‘Sebelum kita tua, tolong buat Rush Hour 4.’

Sebelum ini dalam satu temu bual, Tucker juga telah mengesahkan yang mereka berdua telah membincangkan sambungan filem itu untuk seketika.

Rush Hour 4, kami sedang melihatnya, saya dan Jackie. Kami cuba untuk meneruskannya, jadi kami sedang membangunkan sesuatu, jadi kami boleh dapatkan sesuatu di dalamnya nanti.  Kami benar-banar ingin bawanya kembali seperti yang pertama, ke realitinya, dan meneroka karakter saya lebih lagi.  Semua orang mahu lakukan sekuel.

Sementara itu, filem Rush Hour yang pertama telah dikeluarkan pada tahun 1998, diikuti dengan Rush Hour 2 tiga tahun selepas itu.  Manakala, Rush Hour 3 pula pada 2007, tetap tidak dapat kejayaan yang sama seperti dua filem sebelumnya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *