Saksikan Replika Haiwan Yang Dibuat Mengunakan Jerami Di Wara Art Festival, Jepun

Jepun adalah salah satu negara yang mempunyai banyak festival yang unik dan menarik.  Antara festival yang ada di Jepun adalah Giion Matsuri di Kyoto; Awa Odori di Takushima; Kanda Matsuri, Tokyo; Yuki Matsuri atau Festival Salji di Sapporo serta banyak lagi.

Dan, baru-baru ini terdapat satu festival yang bernama Wara Art Festival telah berlangsung di Jepun.  Festival musim menuai itu dikatakan tidak hanya berlangsung di Jepun tetapi juga diseluruh dunia.

Menurut Bored Panda, Wara Art Festival yang diadakan di utara Jepun itu akan berlangsung setiap kali musim menuai padi pada setiap bulan September sehingga Oktober.

Festival itu juga sangat menarik dan seronok untuk dikunjungi pelancong atau netizen kerana di festival itu akan terdapat beberapa replika raksasa haiwan seperti gorila, buaya, tikus, singa, kerbau, badak yang dibuat mengunakan jerami.

Replika haiwan dibuat dengan mengunakan jerami yang telah disusun, diikat, digabungkan, dianyam atau digulung sehingga menjadi bentuk haiwan raksasa.

Namun, Wara Art Festival itu juga bukan hanya pesta menuai sahaja kerana ia sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri kepada para petani disitu.

Perkataan ‘wara’ pada festival itu bermaksud tidak sia-sia dan itu adalah sebab mengapa replika haiwan gergasi itu dibuat mengunakan jerami. Selain itu, jerami juga akan diguna semula untuk membaiki tanah serta menjadi makanan kepada haiwan ternakan.

Jadi, jika anda berminat untuk merasai sendiri keseronokkan Wara Art Festival, anda boleh berkunjung ke Taman Uwasekigata, daerah Niigata, Jepun dan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

Sementara itu, festival itu mula diadakan sejak tahun 2008 iaitu ketika sekumpulan petani Niigata menghubungi Universiti Arts Musashi untuk menukar jerami-jeraami mereka menjadi satu hasil karya seni.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *