‘Nostril Hair Extension’ Trend Kecantikan Terbaru di Instagram

Instagram telah menjadi pusat kepada trend kecantikan yang aneh dari sejak ia mula tercipta dan kini, trend terbaru di Instagram adalah ‘nostril hair extension’ atau penyambung bulu hidung.

Trend lubang hidung berbulu yang dibuat mengunakan dua bulu mata palsu dan dilekatkan pada lubang hidung supaya kelihatan seperti bulu hidung yang terkeluar itu telah mendapat pelbagai kritikan daripada pengguna di Internet.

Adakah anda dah hilang akal? Anda kelihatan seperti orang bodoh?

RIP kemanusiaan.

Namun, trend itu tidak dicipta sebagai trend kecantikan kerana pada mulanya, ia hanyalah satu trend satirical di kalangan pengguna komedi, yang kemudian menjadi viral kerana orang ramai menganggap itu sebagai sesuatu yang ‘real’.

Kini, pengguna telah mula mengambil bahagian dalam trend itu tanpa menyedari yang sebenarnya bermula sebagai satu jenaka sahaja.

Pelawak Youtube, Davison Video malah telah membuat video tutorial untuk 13 ribu pengikutnya mengenai cara untuk mendapatkan rupa seperti itu dirumah.

Ini telah menjadi tahun bulu di wajah wanita menjadi liar.  Kami banyak memberi perhatian pada kening, tetapi kami telah mencuba sedikit di bulu mata jadi kini yang tinggal adalah hidung.

Davison kemudian membuat spekulasi mengatakan trend seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah “nipple hair”. Davioson memulakan tutorial dan ketika menyikat bulu mata palsu di hidungnya dia mengatakan yang dia kelihatan seperti lelaki tua di dalam bas.

Mula bertukar ke mood serius, Davison mula memberi sepenuh tumpuan dalam menyempurnakan trend itu.

Saya mahu sambungan bulu hidung saya menjadi ‘on fleek’ dan jika saya lakukan secara serius ia tidak akan jadi.

Eksperimen itu mungkin tidak akan mendapat tempat di dalam hati masyarakat dan hanya akan berada di dalam Instagram, bersama-sama dengan trend aneh yang lain seperti kening ‘squiggle’.

Jika lubang hidung berbulu bukan untuk anda, tetapi anda masih ingin mengayakan trend berbulu itu, Paris Jackson adalah ‘role model’ yang terbaik untuk anda.  Ini kerana, remaja itu tidak takut untuk menayangkan bulu ketiak dan kakinya ketika mengayakan dress ketika di MTW VMA Awards. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *