Samsung Galaxy Note 8 percuma untuk 200 penumpang penerbangan di Sepanyol

LA CORUNA – SEPANYOL. 200 penumpang sebuah penerbangan di Sepanyol menerima durian runtuh berupa telefon/tablet pintar Samsung Galaxy Note 8.

Menurut laporan CNET, 200 penumpang bertuah berkenaan adalah dari penerbangan IB 0513 oleh Iberia Airlines yang menuju ke Madrid.

Perkara tersebut juga didedahkan oleh Timbalan Presiden Samsung Sepanyol, Celestino Garcia melalui Twitter.

Pemberian berkenaan dipercayai sebagai langkah promosi keluaran terbaru Samsung berkenaan.

Model awal, Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini menghadapi masalah bateri yang serius melibatkan pelanggan di seluruh dunia dan 2.5 juta produk tersebut terpaksa ditarik balik.

Penjualan Samsung Galaxy Note 7 juga dihentikan serta merta akibat insiden tersebut.

Model tersebut juga menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mewujudkan larangan membawa telefon pintar ke dalam kabin.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *