Sanggup bunuh jiran sendiri untuk makan organ kerana mahu panjang umur

Kerana mahu memanjangkan jangka hayat hidupnya, seorang lelaki sanggup membunuh jirannya setelah membaca satu ‘tips’ yang diperolehinya.

Memetik portal Coconuts, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pihak berkuasa selepas mengaku membunuh jirannya yang berusia 79 tahun.

Kejadian yang berlaku di Thailand di wilayah Bueng Karn terbongkar apabila penduduk setempat menjadi saksi pembunuhan mangsa yang bernama Tan Loon-ubon. Tambah mengejutkan lagi apabila suspek ditahan, pihak polis menemukan hati mangsa di dalam poket seluar suspek.

Suspek kemudia telah mengaku membunuh dan cuba untuk memakan hati kerana mempercayai bahawa dengan memakan hati manusia usianya akan bertambah lebih panjang.

Dia turut mengambil dadah jenis syabu dan marijuana sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Namun dia hanya bertindak sedemikian selepas mangsa memberitahu bahawa dia telah membunuh bapa suspek sebelum ini.

“Saya sangat marah ketika itu, saya tanya padanya sebanyak empat kali sama ada dia bercakap benar atau tidak sebelum menikam dia”.

Mangsa dijumpai dengan kesan tikaman di bahagian leher dan perutnya yang terbelah manakala hati mangsa telah hilang.

Paere kini didakwa atas tuduhan membunuh jika sabit kesalahan bakal berdepan dengan hukuman yang setimpal.

Sumber – selendangmaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *