Selepas ‘The Dress’, Warna Sebenar Kasut Vans Jadi Topik Hangat di Internet

Masih ingat pada isu ‘The Dress’ yang telah menimbulkan kekecohan sehingga menjadi topik pertengkaran yang hangat di Internet pada tahun 2015. ‘The Dress’ menjadi sensasi apabila pengguna media sosial di seluruh dunia mula mempertikaikan warna sebenar ‘The Dress’ adakah biru dan hitam atau emas dan putih.

Kini, ia kembali semula tetapi kali ini bukan dress tetapi mengenai sepasang kasut, apabila seorang pengguna Facebook bernama Nicole Coulthard memuat naik gambar sepasang kasut Vans milik kawannya ke group ‘Girlsmouth’ bersama caption, “Mint dan kelabu atau merah jambu dan putih???”

Gambar kasut itu telah membuatkan lebih daripada seribu pengguna Facebook mengambil bahagian dan berkongsi pendapat mereka dengan meninggalkan komen bersama pelbagai teori.

Menurut Coulthard, beberapa minggu yang lalu, kawannya telah membeli sepasang kasut Vans dan telah menghantar gambar kasut itu ke ibunya. Ibunya kemudian balas mesej itu dengan mengatakan, “Biru sesuai dengannya.”

Kawan saya balas kembali mesej ibunya untuk beritahu yang kasutnya itu berwarna merah jambu, tetapi apabila dia lihat semula gambar itu, dia lihat kasut itu berwarna biru juga.

Dia kemudian hantar pula gambar itu kepada saya, dan saya sangat yakin yang kasut itu berwarna merah jambu. Tetapi, berlaku sedikit pertengkaran kerana dia mengatakan saya kata merah jambu kerana saya telah tahu kasut warna apa yang dia telah beli.

Disebabkan itu, saya putuskan untuk masukkan gambar kasut itu ke dalam group ‘Girlsmouth’ di Facebook untuk minta pandangan orang ramai.

Ia adalah merah jambu dan putih.

Saya nampak merah jambu dan putih tetapi pada gambar yang saya simpan ia kelabu, JADI SILA JELASKAN.

Bila di dalam bilik saya ia berwarna kelabu tetapi bila dibawah ia berwarna merah jambu. Ini buatkan saya menjadi gila.

Tetapi yang menjadi persoalannya adalah mengapa orang boleh melihat warna secara berbeza. Menurut ketua bidang kejururawatan di Wills Eye Hospital, Julia Haller,

Pada asasnya, terdapat dua bahagian untuk penglihatan. Yang pertama ialah tumpuan cahaya pada retina, dan tisu saraf akan mengambil imej, ‘rods’ mata bantu kita untuk melihat pada waktu malam, manakala ‘cones’ pula bantu kita melihat pada waktu siang.

Terdapat sedikit perbezaan pada tahap ‘cones’ mengenai bagaimana kita lihat warna.  Salah satu cara yang memungkinkan ini terjadi adalah, dalam variabiliti itu pada tahap ‘combs’, dengan sedikit peluang, imej itu membesarkan… 0.1% perbezaan individu yang kita semua ada.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *