“Senyum ada makna tu” – PM

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar bersama kapsyen “Senyum ada makna tu” di akaun twitter rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian netizen.

Gambar tersebut memaparkan lima menteri besar dan seorang ketua menteri bersama Datuk Seri Najib sedang ketawa. Menariknya salah seorang menteri besar tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kapsyen “Senyum ada makna tu” yang ditulis Datuk Seri Najib kemudiannya membuatkan netizen membuat pelbagai spekulasi dan menganggap ia ditulis untuk mengusik Azmin.

Azmin kemudiannya membalas tweet Najib itu dengan menulis “Smile, what’s the use of crying?” “Take action, what’s the use of sighing?”

Turut dipaparkan dalam gambar itu adalah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Gambar itu dirakam ketika mereka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di Kuala Lumpur.

 

Sumber – Astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *