Seorang gadis rakam swafoto dengan setiap lelaki yang mengganggunya ‘Catcaller’

TIADA apa yang boleh membuat kaum wanita rasa menjengkelkan selain diganggu oleh lelaki di jalanan (catcaller).

Seorang pelajar di Amsterdam, Noa Jansma yang sudah tidak tahan dengan situasi itu bertindak untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut.

Sepanjang September lalu, gadis berusia 20 tahun itu mengambil swafoto dengan setiap lelaki yang mengganggunya dan memuat naik gambar mereka di Instagram.

Dia turut meletakkan kapsyen pada gambar tersebut menggunakan ayat yang diucapkan oleh lelaki-lelaki terbabit.

Gambar-gambar itu membuktikan betapa kerap kaum wanita diganggu dan berlaku di semua tempat.

Noa menunjukkan ekpresi wajah yang penat dan meluat pada swafoto berkenaan, sementara lelaki yang mengganggunya tersenyum riang.

Biarpun eksperimen yang dijalankannya sudah berakhir, Noa membuka akaun Instagram @dearcatcallers kepada sesiapa yang ingin menghantar gambar mereka.

Noa membuka akaun @dearcatcallers bagi meningkatkan kesedaran tentang kekerapan golongan wanita siperlakukan seperti objek dalam kehidupan seharian.

Ia bertujuan untuk membuka dialog secara global untuk mengumpulkan wajah wanita yang bergelut untuk menghadapi gangguan seperti itu.

Pada 1 Januari 2018, perbuatan memanggil orang dengan tujuan mengganggu mereka (catcalling) akan dihukum di Belanda dan pesalah akan didenda hampir 190 euro (RM942).

Sekiranya projek Noa terus tular, kemungkinan besar lebih banyak negara yang akan mengikuti jejak langkah Belanda. – Bored Panda

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *