Shamma Al Mazrui Menteri Termuda Di Dunia

Satu pencapaian yang mengagumkan daripada United Arab Emirates apabila seorang wanita yang bernama Shamma Al Mazrui secara rasminya akan memasuki Guinness Book World of Records 2018.

Itu kerana Shamma telah berjaya menjadi Menteri Belia untuk UAE sejak dari tahun 2016 iaitu ketika dia baru sahaj berusia 22 tahun.

Oleh sebab Shamma telah menjadi menteri di dalam usia yang begitu muda, itu membuatkannya telah diiktiraf sebagai menjadi menteri yang paling muda pernah tercatat di dalam rekod dunia.

Penguguman itu telah mengubah hidup saya dengan segera.  Dari kehidupan peribadi sehingga ke kehidupan awam dan cabaran yang hebat serta tanggungjawab.

Shamma yang lahir dan membesar di Abu Dhabi merupakan pelajar jurusan Ekonomi dari Universiti New York, Abu Dhabi dan pemegang biasiwa pertama Rhodes telah mendapat Ijazah Sarjana dalam Dasar Awam dari Universiti Oxford pada tahun 2015.

Menurut wakil Presiden dan Perdana Menteri United Arab Emirates, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, sebagai Menteri Belia UAE, Shamma telah memberi tumpuan kepada pelbagai aspirasi dan isu yang berkaitan dengan belia di negara itu.

Belia mewakili separuh daripada masyarakat Arab jadi ia hanya masuk akal jika berikan mereka hak untuk bersuara serta perana dalam memerintah negara.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *