Sikap kacang lupakan kulit DAP sangat menebal – Tuan Tat

Sikap kacang lupakan kulit DAP sangat menebal dan telah berlarutan sejak sekian lama, kata bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

Ujarnya, sebelum beliau melepaskan keahlian DAP, parti ada menuntutnya untuk menghadap Jawatankuasa Disiplin namun beliau terpaksa menangguhkan pertemuan tersebut ekoran bapanya dimasukkan ke hospital.

“Suatu masa dahulu bapa saya sangat sakit dan saya kerap kali ke hospital dan pada masa sama DAP mengarahkan saya untuk menghadap lembaga disiplin.

“Tetapi (Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP) Tan Kok Wai kata kepada saya; “Dia bapa kamu, bukan bapa saya,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Kata Tuan Tat, sikap sebegitu ditonjolkan DAP sungguhpun beliau sudah berkhidmat bersama parti selama 18 tahun.

Justeru, beliau tidak hairan sekiranya Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, melupakan jasa Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Eric See-To yang pernah membantu kewangan syarikat wakil rakyat DAP itu.

Tony sebelum ini dilaporkan mendakwa Eric sebagai ‘bukan sesiapa’ sebagai respon menolak pelawaan berdebat isu kontroversi skandal Terowong Pulau Pinang.

Lantaran itu, Eric kemudiannya mendedahkan bahawa beliau dan Tony dahulunya rakan karib dan pernah memberi pinjaman RM100,000 sewaktu syarikat Tony didalam kesusahan.

“Inilah kita katakan kacang lupakan kulit,” tegas Tuan Tat.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Tony, Tuan Tat menjelaskan bahawa Eric sebagai ahli strategik BN adalah sama seperti Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.

“Adakah Tony katakan Ong Kian Ming bukan orang penting?. Orang DAP ini pandai cakap sahaja. Cakap tanpa fikir jauh,” katanya.

Tambah Tuan Tat, inilah masa untuk Tony berdebat secara berdepan daripada hanya menjadi juara di media semata-mata.

“Saya pasti Eric mempunyai pelbagai perkara untuk didebatkan. Saranan saya kepada Tony Pua, jadilah seperti jantan dan terima cabaran debat Eric,” ujarnya lagi.

 

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *