Tahap obesiti kanak-kanak,remaja meningkat 10 kali ganda

LONDON  – Tahap obesiti kanak-kanak dan remaja di dunia telah meningkat hampir sepuluh kali ganda dalam empat dekad yang lalu dengan hampir 124 juta daripada mereka menjadi terlampau gemuk.

BBC melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh sebuah agensi pe­nyelidikan, The Lancet dalam kajiannya melibatkan di 200 buah negara.

Menurut agensi itu, kanak-kanak yang obes akan kekal ber­keadaan demikian sehingga dewasa dan dunia akan terpaksa membelanjakan sekurang-kurang­nya 920 bilion pound (RM5,118 tri­lion) setiap tahun mulai tahun 2025 untuk menanganinya.

Di United Kingdom sahaja, setiap 10 kanak-kanak dan remaja yang berumur antara lima hingga 19 tahun mengalami obesiti.

Menurut ketua penyelidik Lancet, Prof Majid Ezzati, walaupun kadar obesiti kanak-kanak kelihatan stabil dalam banyak negara berpendapatan tinggi di Eropah termasuk UK tetapi membimbangkan di beberapa bahagian negara lain.

Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai obesiti dan berada di tahap membimbangkan ialah di Asia Timur, China dan India yang menunjukan peningkatan mendadak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Antara punca utama adalah memakan makanan tidak sihat yang dijual secara murah dan mudah menyebabkan mereka makan secara kerap.

“Jika keadaan ini berterusan masalah obesiti akan menjadi lebih parah dan membimbangkan daripada masalah kurang berat badan yang turut menghantui dunia ketika ini,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Obesiti Sedunia.

Bilangan kanak-kanak dan remaja yang kurang berat badan di seluruh dunia telah menurun sejak tahun 2000.

Pada tahun 2016, sebanyak 192 juta mengalami masalah kurang berat badan tetapi angka tidak melebihi kadar obesiti ketika ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan rasa bimbang dan mengesa kerajaan supaya lebih serius tangani isu ini.

Setakat ini, lebih 20 buah negara di seluruh dunia telah memper­kenalkan cukai minuman untuk beralkohol.

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *