Tahniah! Filem Ola Bola Terima Anugerah Emas Di Dragons Awards

Kenangan manis terukir sekali lagi buat tenaga produksi filem Ola Bola yang menerima anugerah emas kategoti Best Entertainment Campaign dalam Dragons Awards malam tadi.

Untuk rekod, tahun lalu Astro memenangi anugerah yang sama menerusi filem Polis Evo.

Kata Penolong Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee, kemenangan Ola Bola cukup bermakna kerana filem tersebut meninggalkan kenangan indah bagi bahagian pemasaran Astro.

“Tahun lepas kita (Astro) menang menerusi filem Polis Evo dan tahun ini filem Ola Bola pula yang menang, jadi kemenangan ini sangat bererti kerana filem ini kenangan manis untuk keseluruhan bahagian pemasaran Astro.

“Kalau ikutkan, dengan Ola Bola ini, bukan hanya bersatu dalam filem tetapi seluruh Astro bersatu untuk memasarkan filem ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Manakala salah seorang pelakon Ola Bola, Taufiq Hanafi, kemenangan itu cukup bermakna bagi dia dan pelakon lain.

“Kami (pelakon Ola Bola) ingin mengucapkan terima kasih dan sebanyak-banyak tahniah kepada pasukan pemasaran Astro malaysia yang bertungkus-lumus dan bersusah payah menghasilkan idea yang terbaik untuk filem Ola Bola,” katanya.

Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot pula memenangi anugerah perak bagi kategori Best Social Media or Word Of Mouth Campaign.

Sementara itu, kegemilangan naskhah Ola Bola akan diteruskan dengan pementasan Ola Bola The Musical yang diterbitkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina di Istana Budaya mulai 8 Februari 2018.

 

sumber : astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *