“Tahukah anda, rata-rata pemimpin PPBM Kelantan bekas penyokong UMNO” – Aktivis Umno

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis UMNO mendakwa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan adalah dari kalangan bekas penyokong parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Datuk Duzuki Ahmad, semua mereka juga dikatakan tidak pernah menjadi pemimpin utama UMNO atau memenangi pertandingan pemilihan di peringkat bahagian mahupun jawatankuasa G7.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berbeza dengan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang kebanyakannya adalah tokoh besar dalam Pas sebelum ini.

“Tahukah anda, rata-rata pemimpin PPBM Kelantan ini adalah bekas penyokong UMNO dan BN.

“Mereka tidak pernah pun menjadi pemimpin utama UMNO dan tidak pernah menang dalam pertandingan pemilihan pemimpin di peringkat bahagian, walaupun pertandingan merebut G7 ke sidang perwakilan agung parti.

“Bahkan, mereka juga tidak pernah menjadi wakil rakyat mewakili UMNO, melainkan seorang atau dua saja,” katanya dalam status akaun Facebook beliau, semalam.

Antara pemimpin utama PPBM Kelantan yang sebelum ini mempunyai nama besar dalam UMNO negeri itu ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Md. Nor dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang, Datuk Sazmi Miah.

 

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *