Tekanan Kerja Boleh Membahayakan Kesihatan Fizikal Dan Mental

Menjadi seorang pekerja amat mudah untuk seseorang itu mengalami masalah gangguan kesihatan mental terutama sekali disebabkan oleh tekanan kerja yang sering mereka alami. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seorang pekerja itu mudah berasa tertekan.

Tekanan yang paling kerap dirasai oleh pekerja adalah gangguan emosi atau beberapa lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi prestasi kerja seorang pekerja itu.

Pengerusi Pusat Persatuan Pakar Kesihatan Mental Indonesia, Dr Eka Viora telah menjelaskan kesan yang akan dialami oleh pekerja jika sering berasa tertekan dengan bebanan kerja yang mereka perlu hadapi.

Disebabkan oleh tekanan, pekerja akan menjadi sangat beremosi, cemas, panik, mudah marah, tersinggung, kurang keyakinan diri, atau mengalami gangguan tingkah laku yang tidak sepatutunya.

Selain gangguan mental, tekanan itu juga boleh menjadi punca kepada amalan gaya hidup tidak sihat dengan risiko untuk mendapat penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, serta beberapa penyakit fizikal yang tinggi tetapi itu semua boleh dielakkan supaya ia tidak dapat membahayakan kesihatan fizikal serta mental pekerja itu.

Kesan dari tekanan yang didapati oleh pekerja adalah produktiviti mereka pasti akan terganggu kerana sering ponteng kerja atau terjadinya kejadian buli membuli di pejabat.

Atau, lebih parah lagi pekerja sampai ke tahan sudah bosan ingin bekerja di situ dan akan mencari syarikat lain untuk bekerja.  Selain itu, risiko untuk pekerja mengalami kemurungan juga agak tinggi.

Untuk mencegahnya, seseorang pekerja itu patut tahu cara untuk mengawal dan mengatasi tekanan yang mereka alami suapaya tidak memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan mereka.

Seorang pekerja itu perlu mempunyai pemikiran yang positif untuk mengelakkan tekanan yang mempunyai kesan negatif kepada kesihatan mereka.

-utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *