Wanita Terima “Hadiah Istimewa” Sewaktu Beli Permainan Dari Taobao

Baru-baru ini seorang ibu dari Zhejiang, China yang telah membeli permainan daripada Taobao terkejut apabila menemui satu “hadiah istimewa” di dalam bungkusan yang diterimanya.

Ibu bernama Tan itu telah berkongsi kisah penemuan menakutkannya itu di media sosial.

“Saya beli dua mainan dari Taobao untuk anak lelaki saya.  Selepas membuka bungkusan itu, saya dapati terdapat ular di dalamnya. Saya malah telah memegang ular itu dan mengatakan yang ular mainan itu kelihatan sangat realistik, tetapi rupanya itu adalah ular yang sebenar tetapi telah mati!”

Yang sebenarnya, ular itu telah ditemui oleh anak lelaki Tan yang berusia 6 tahun sewaktu dia sedang membuka bungkusan permainan Ultraman-nya.  Tanpa mengetahui yang itu adalah ular sebenar, anaknya telah mengambil ular itu dan menunjukkan kepada Tan.

Pada awalnya, Tan juga menyangka yang itu adalah ular plastik tetapi apabila dia memegang ular itu, ia terasa sangat luar biasa lembut, dan itu telah memberikannya satu perasaan yang lain.  Tan kemudian menunjukkan ular itu kepada suaminya.

Selepas memeriksa kepala ular itu, suaminya ternampak beberapa kesan berwarna merah jambu disitu dan itu membuktikan yang itu adalah ular yang sebenar.

Nasib baik ular itu tidak hidup, kalau tidak, saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku.

Ular sepanjang 20cm itu dianggap mati kerana telah terkurung di dalam kotak untuk tempoh masa yang terlalu lama.Berikutan insiden itu, Taobao telah mengeluarkan permohonan maaf dan memberikan pampasan kepada keluarga Tan.

Ia juga sukar untuk pihak Taobao tentukan siapa pesalahnya kerana bungkusan itu telah melalui tangan empat orang individu sebelum sampai ke rumah Tan.  Insiden itu telah dianggap sebagai satu prank.

Seperti yang dijangkakan, perkongsian yang dilakukan oleh Tan di media sosial itu telah menjadi viral dengan sangat cepat dengan ramai orang telah mempersendakan Taoboa.

Kini, siapa cakap anda tidak boleh dapatkan barang yang tulen daripada Taobao?

Meskipun, netizen di Malaysia jarang mengunakan perkhidmatan Taobao tetapi untuk keselamatan pastikan anda berhati-hati apabila membuka apa pun bungkusan kerana takut terdapat “hadiah istimewa” di dalam itu! –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *