Tidak Dibenarkan Naik Pesawat Kerana Wajah Tidak Sama Seperti Di Dalam Pasport

Korea Selatan adalah destinasi pelancongan yang sangat terkenal, terutama sekali mengenai kepakaran prosedur pembedahan plastik, jadi tidak hairanlah jika ramai orang sanggup pergi bercuti ke Korea Selatan hanya untuk membetulkan beberapa ciri-ciri di wajah mereka sahaja.

Sama seperti mana-mana prosedur pembedahan, pembedahan plastik juga memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya, tetapi untuk beberapa orang pelancong dari China ini, itu tidak menjadi satu masalah.

Ini kerana, menurut Apple Daily, gambar tiga orang pelancong China yang tersangkut di lapangan terbang Korea Selatan telah tersebar dan menarik perhatian ramai pengguna Weibo.

Wanita-wanita itu dikatakan tidak dibenarkan melalui imigresen kerana wajah mereka bertiga kelihatan seperti baru selepas cedera parah. Dengan muka tersangat bengkak, dibaluti dengan kain pembalut, mereka dilihat sedang duduk di lapangan terbang sambil memegang pasport.

Disebabkan baru-baru ini terdapat cuti sempena Golden Week di China, netizen membuat kesimpulan yang ketiga-tiga wanita itu telah pergi bercuti ke Korea Selatan untuk membetulkan bentuk wajah mereka melalui pembedahan plastik.

Rupa-rupanya, mereka tersangkut kerana pegawai imigresen lapangan terbang itu tidak dapat mengesahkan identiti mereka disebabkan muka mereka terlalu bengkak dan tidak sama dengan gambar yang ada pada pasport.

Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menunggu sehingga pegawai imigresen itu sahkan identiti mereka.

Sebaik sahaja gambar wanita itu tular di media sosial, netizen telah memberikan pelbagai reaksi dengan ada yang ketawa dan kasihan dengan situasi wanita itu.

Dengan muka yang bengkak seperti itu, ibu sendiri pun tidak boleh mengenali anaknya.

Maafkan saya, saya tidak bermaksud mahu ketawa tetapi muka mereka benar-benar bengkak.

Lain kali jika sesiapa ingin melakukan pembedahan plastik, mereka perlu pertimbangkan tempoh pemulihan juga untuk elakkan masalah seperti ini.

Korea Selatan patut laksanakan kaedah lain untuk mengesahkan identiti mereka, seperti pengimbas retina. Tetapi, bagaimana pula jika mata orang itu bengkak?

Yang pastinya, kejadian malang yang menimpa ketiga-tiga wanita itu boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan pembedahan plastik tidak kira di mana. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *