The Cakescape Cipta ‘Pimple Cake’ Yang Boleh Dipicit

Terdapat dua perkara di dalam dunia ini yang tidak perlu dicampurkan terutama sekali dari segi makan dan itu adalah cecair yang keluar daripada badan serta pencuci mulut. Jika kedua perkara itu digambungkan ia akan memberikan perasaan jijik dan geli walaupun hanya membayangkan sahaja.

Namun, kini anda boleh lihat dan rasai gabungan itu kerana satu kedai roti di Malaysia telah mencipta pencuci mulut yang mengabungkan kedua-dua perkara itu untuk menghasilkan kek jerawat atau ‘pimple cake’.

Kek yang dibuat seperti bentuk wajah orang itu akan dihiasi dengan bintik-bintik jerawat yang sebenarnya boleh dipicit. Jerawat itu akan mengeluarkan cecair berwarna putih seperti “whitehead”.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook- The Cakescape, Kuala Lumpur kek itu kelihatan sangat ‘real’ sehingga apabila melihat orang picit jerawat itu sahaja sudah boleh membuatkan seseorang itu ingin termuntah.

Dalam temubual bersama Mashable, syarikat itu memberitahu yang mereka telah menjual kira-kira 20 kek jerawat pada tahun lepas, dan pesanan untuk kek itu semakin meningkat. Selain kek jerawat, Cakescape juga ada menjual pencuci mulut lain yang lebih menyelerakan, termasuklah kek unicorns, Harry Potter, dan funfetti-popcorn gems.

Akan tetapi, ini bukanlah kali pertama makanan berjerawat ini menjadi sensasi kerana, Dr Pimple Proper atau dikenali sebagai Dr. Sandra Lee sebelum ini pernah memuat naik gambar kek cawan berjerawat yang tersangat ‘real’. Kek cawan itu dihiasi dengan fondant yang berwarna kulit dan lubang jerawatnya pula diisi dengan cecair lemon yang pekat.

Trend itu juga tidak terhad kepada pencuci mulut sahaja kerana sebuah restoran di New York City telah mencipta kontroversi apabila mencipta “burger bomb” di mana roti di bahagian atas burger itu diisi dengan keju dan apabila roti itu dipotong atau dipicit ia akan mengeluarkan cecair keju warna kuning yang cair. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *