The Fortress Takluki Carta ‘Box Office’ Korea

Seoul – Filem bertemakan sejarah, ‘The Fortress’ kini sedang selesa menduduki kedudukan teratas di carta ‘box office’ sepanjang cuti panjang sempena sambutan hari Chuseok di Korea.

Filem yang diadaptasi berdasarkan novel bertajuk ‘Namhansanseong’ karya Kim Hoon itu dikatakan telah berjaya mengumpul seramai 424,409 orang penonton di seluruh negara.

Menurut statistic Majlis Filem Korea, The Fortress telah berjaya menduduki kedudukan teratas carta itu selama lima hari berturut-turut sejak dari hari penayangannya iaitu pada 3 Oktober lepas.

Filem arahan Hwang Dong-hyuk itu menceritakan mengenai pencerobohan Manchu Kedua Korea pada 1636, dimana King Injo (Park Hael-il) dan pengikutnya berlindung di kubu yang terletak di Namhansanseong.

Selain Park Hael-il, filem The Fortress turut dibintangi oleh Lee Byung-hun (Choi Myung-kil), Kim Yoon-seok (Kim Sang-hun) dan Go Soo (Seo Nal-soi).

Sementara itu, di kedudukan kedua carta ‘box office’ Korea pula adalah filem arahan Kang Yoon-sung, The Outlaw. Filem yang dibintangi oleh Ma Dong-seok dan Yoon Kye-sang itu telah berjaya mengumpul sebanyak 369,758 penonton.

Manakala, filem Kingsman: The Golden Circle pula berada di kedudukan ketiga dengan 226,913 orang penonton. Filem arahan Matthew Vaughn, dan dibintangi oleh Taron Egerton dan Colin Firth itu juga telah mengutip sebanyak 4.1 juta hasil daripada penjualan tiket sejak ditayang pada 27 September lalu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *