Tiffany, Sooyoung Dan Seohyun Tinggalkan Girls Generation

Tiga daripada lapan orang ahli ‘girls group’ terkenal Korea Selatan, Girls’ Generation dilaporkan akan meninggalkan syarikat pengurusan mereka, SM Entertainment.

Tiffany, Sooyoung dan Seohyun telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka bersama agensi itu.

Namun, menurut Soompi, ahli kumpulan Girls’ Generation yang lain iaitu Taeyon, YonnA, Hyoyeon, Yuri dan Sunny kekal di agensi itu dan telah memperbaharui kontrak mereka.

Berita itu telah menimbulkan kekecohan dan tanda tanya kepada netizen Korea dan peminat Girl’s Generation di dunia yang tertanya-tanya adakah kumpulan yang telah telah bertapak sejak 10 tahun yang lalu itu akan diteruskan atau dibubarkan.

Menurut kenyataan rasmi SM Entertainment,

Girls’ Generation adalah kumpulan yang sangat berharga dan bermakna untuk SM serta peminat-peminat mereka. Semua ahli Girls’ Generation juga tidak terfikir langung mengenai pembubaran.  Hanya kerana ada ahli kumpulan yang kontaknya telah tamat, selepas berbincang dengan semua ahli kumpulan mengenai arah Girls’ Generation untuk aktiviti di masa hadapan, satu keputusan yang berhati-hati perlu dilakukan.

Menurut Yonhap, Tiffany sedang dalam persediaan untuk belajar di Amerika Syarikat, manakala, Sooyoung dan Seohyun pula akan meneruskan kerjaya lakonan mereka.

Sebelum ini, pada tahun 2015, salah seorang ahli kumpulan itu, Jessica juga telah meninggalkan kumpulan serta agensi itu dan membuat debutnya sebagai penyanyi solo di Korea pada tahun 2016. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *