Tips yang berguna untuk mak-mak jika keluar bersendirian bawa keluar lebih dari seorang anak

Sekarang ini tak janggal tengok mak-mak yang keluar sendirian dengan ditemani anak-anak. Sama ada jumpa di pasar raya mahupun ketika mereka menghadiri majlis-majlis keramaian. Bunyinya macam mudah. Tapi realiti sendirian bawa anak-anak bawah umur 4 tahun keluar cabarannya tuhan saja yang tahu.

Ibu muda, Puan Zaila Mohamed Ali (Paola Kira) yang juga penulis buku travelog ‘Winter Di Afrika’ berkongsi tip bagaimana memudahkan cara nak bawa anak-anak keluar berjalan-jalan di pasar raya.

“Aku ada dua princess yang kadang-kadang terasa macam ada lima, atau enam orang. Alhamdulillah kakak minah cool, tapi masya Allah si bongsu kaki tantrum. Spinkan diri atas lantai termasuk membatukan tubuh tiba-tiba ketika sedang berjalan adalah hobinya selain menyanyi.”

“Tapi ini semua tak jadi halangan untuk aku berhibur dan bersosial. Memang kita semua perlukan ‘me-time’ tapi kalau tak jumpa, tak apa. Enjoy je the moment walaupun terpaksa mengangkut makhluk kecik. Pergilah window shopping dan tengok wayang sambil kunyah pop-corn. Yeps it’s gonna be fun!”

Ibu Yang Hanya Ada 2 Tangan Dan Perlu Bawa (Lebih Dari) 2 Anak Keluar Sendirian, Ini Tipnya

Kalau kau terpaksa bersendirian dan perlu bawa keluar lebih dari seorang anak, ini antara tips yang mungkin berguna. Terpakai jika mereka berusia bawah 4 tahun:

1. Pastikan depa tidur sepuasnya dulu. Macam anak aku tengahari mesti kena nap lepas makan supaya tak buat hal. Bila mengantuk mereka akan meragam tak tentu hala.

2. Kalau mampu sorong stroller, silakan. Tapi kalau leceh, pastikan tempat yang kau nak melepak tu ada pasaraya yang boleh dicilok trolinya. Campak si kecik dalam troli kalau dia letih berjalan.

3. Upah si kecik ais krim atau jajan-jajan berkhasiat seperti potongan buah-buahan or roti ke nugget ke apa untuk mereka kunyah-kunyah. Ini taktik nak kasi diorang leka dengan makanan dan kita pon mampu fokus dengan window shopping yang sedang dilakukan.

4. Ada bajet lebih, atau nak kasi fokus tak lari, bagi ler tab sorang satu. Confirm senyap. Tapi ini bukan kaedah yang baik untuk perkembangan anak-anak. Dah la kat umah kartun, luar layan kartun lagi. Eloknya involvekan depa dalam shopping spree anda. Contoh: ‘Adik, cantik tak baju ni’. Minta pendapat walaupun tak mungkin kau ikut pandangan mereka. Hiks.

5. Bawa kawan sorang untuk teman. Lebih afdal kawan bujang yang takde komitmen so kau tak sakit hati bila dia dihujani call dari laki atau bf suruh balik cepat. Member ni tadi berguna untuk detik-detik seperti kau perlu solat, acu baju, atau bergegas ke ladies room untuk buang air. Jadi tak payah ler nak angkut semua sekali kecik tu dalam toilet.

6. Aku tak tau orang lain, tapi yang ni agak penting. Suara pastikan consistently in HIGH VOLUME. Macam anak-anak aku suka main nyorok-nyorok sebalik baju. Untuk elakkan perkara tak diingini, selalu jerit nama mereka untuk always be around you. Latih anak-anak jawab ‘yes mama’ bila nama mereka dipanggil. Kau taulah sekarang ni macam-macam. So be careful. Jangan pedulik orang jeling ke atau tgk kau macam tak bertamadun terpekik2, janji anak selamat.

7. Sebelum balik, always treat them dinner. Makan sama-sama. Inilah bonding terbaik. Waktu kerja mana ada masa nak makan sama-sama. Asyik berlari dengan masa je. Jangan bagi tab masa ni. Adab orang melayu, masa makan kena fokus. So fokus pada makanan.

Ada banyak lagi tips tapi ikut kesesuaianlah. Kalau berjaya go thru semua hustle and bustle bawa keluar anak-anak kecik, kau memang power rangers la. Ingat senang ke? Orang lain ada laki tolong sorong stroller, dukung anak, bawak beg tangan wife, tapi kau relek je handle semua sorang.

Tapi make sure ikut saranan-saranan di atas supaya kau tak hilang akal n menten jelita.

Sumber/Foto : Facebook Paola Kira/Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *