Tulisan tangan tercantik seorang pelajar 8 tahun

NEPAL – Sekali imbas, pasti ramai yang menyangka surat Bahasa Inggeris yang ditulis oleh pelajar di sebuah sekolah di India ini ditaip menggunakan komputer.

Namun, karangan itu sebenarnya hasil tulisan tangan seorang pelajar berusia lapan tahun.

Lapor media antarabangsa, Praktiri Malla, 8, mempunyai tulisan tangan yang sangat unik sehinggakan gambar karangannya itu mencetuskan fenomena tersendiri di Internet.

Malla yang baru-baru ini menyertai pertandingan menulis esei atau karangan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh kerajaan India, menduduki tempat pertama menewaskan beberapa pelajar daripada sekolah-sekolah lain.

“Saya belum pernah melihat tulisan yang agak unik seperti ini. Gaya penulisannya amat mengkagumkan meskipun dia baru barusia 8 tahun,” kata seorang juri memetik laporan Medianp.tv.

Malah, tulisan Malla menurut beberapa pakar menyifatkan ianya antara tulisan tangan tercantik di dunia.

Difahamkan, pelajar dari Sekolah Sainik Awasiya, Bhaktapuri itu akan menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk melatih setiap huruf dengan cara yang sama.

Sumber – terengganutimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *