Tyrese Gibson Bidas The Rock Di Instagram Kerana Filem Fast and Furious 9 Ditangguhkan

Los Angeles – Penguguman mengenai penangguhan pengeluaran filem Fast and Furious 9 lewat satu tahun dari perancangan awalnya telah menambahkan lagi minyak pada persengketaan yang berlaku di antara Tyrese Gibson dan Dwayne Johnson (The Rock).

Persengketaan itu bermula apabila pelakon Roman Pearce itu menolak kewujudan filem ‘spin-off’ Fast and Furious yang hanya akan memberi tumpuan kepada watak Luke Hobbs lakonan Dwayne.

Idea untuk menghasilkan filem ‘spin-off’ itu telah membuatkan Gibson mengelarkan Dwayne sebagai seorang yang pentingkan diri dan penyebab utama kepada penangguhan filem F9 itu.

Gibson telah meluahkan kemarahannya di Instagram dengan memuat naik gambar pelakon-pelakon Fast and Furious bersama caption,

Kepelbagaian, cinta, pelbagai etnik di seluruh dunia, pelbagai generasi, bangsa United, satu bangsa, FAST FAMILY… sehingga Dwayne muncul, saya fikir selama ini dia mempunyai masalah kerana dia bukan SATU-SATUNYA di dalam poster filem…..

Saya fikir mimpi telah menjadi kenyataan, tahniah kepada @hhgarcia41 dan @therock, anda sangat luar biasa, kamu benar-benar telah melukakan hati #FastFamily.  Saya cuba berikan peringatan kepada anda… Anda ingat saya membenci… Saya hanya berjuang untuk mengekalkan keluarga ini, apa yang membuatkan kami hebat adalah apabila anda melihat kami semua BERSAMA dan tidak terbang bersendirian.

Tiga tahun saya bersama badut ini. Ya! Mereka tawarkan tetapi AWAK tidak patut bersetuju dengan filem solo #HobbsMovie

Tindakan Gibson itu hanyalah disebabkan oleh dia tidak mahu kewujudan filem Hobbs itu mengganggu pengeluaran filem sekuel Fast and Furious 9. Ini kerana sebelum ditunda, filem itu telah dijadualkan untuk keluar pada 19 April 2019 manakala sambungannya, Fast and Furious 10 pula pada tahun 2020.

Selain itu, berita mengenai penangguhan filem F9 itu telah menambah lagi drama tidak berpenghujung untuk Fast and Furious sepanjang tahun 2017 ini.  Sebelum ini, Rodriguez juga pernah mengugut mahu keluar daripada franchise itu dan kini, Dwayne pula ingin mengeluarkan filem solo yang memberi tumpuan kepada watak Hobbs. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *