‘Vagina 3D’ Trend Kecantikan Terbaru Di Thailand

Sementara kebanyakan wanita masih lagi cuba membiasakan diri dengan kesakitan ketika membuat rawatan ‘wax’ atau IPL (intense pulse light) untuk “adik kecil” mereka. Kini, industri kecantikan Thailand telah melangkah satu tahap ke hadapan dengan mencipta trend terbaru iaitu ‘Vagina 3D’.

Jika sebelum ini terkenal dengan prosedur meremajakan vagina, iaitu prosedur untuk mengetatkan kembali kawasan peribadi wanita dengan mengunakan rawatan laser.

Namun, menurut laporan Coconuts, kini, satu hospital di Thiland telah menawarkan perkhidmatan terbaru dipanggil ‘Vagina 3D’ yang akan melibatkan prosedur suntikan lemak ke bahagian ‘mons pubis.’ Hasilnya, vagina akan menjadi penuh, ‘plumper’ dan lebih muda.

Rawatan ‘Vagina 3D’ telah menjadi viral baru-baru ini disebabkan seorang kakitangan Hospital Lelux telah memuat naik ilustrasi prosedur “sebelum dan selepas” membuat rawatan suntikan lemak itu di Facebook.

Gambar ilustrasi yang menunjukkan seorang pesakit sedang baring di atas katil pembedahan bersedia untuk melakukan pembedahan itu telah dikongsi lebih daripada 13,000 orang dan dimuat naik bersama caption,

Pembedahan kecantikan untuk “adik kecil” anda dengan mengunakan lemak anda sendiri” #vaginafatinjection #plump #fleshy

Selain itu, mereka juga memberi jaminan kepada pelanggan yang prosedur itu selamat dan tidak berbahayakan.

Walaupun masih sukar untuk menerima trend yang netizen gelarkan sebagai ‘’FUFA’ atau (Fat Upper Pussy Area) itu tetapi yang pastinya memuat naik di Facebook itu adalah salah satu teknik pemasaran yang bagus kerana banyak pertanyaan mula membanjiri ‘posting’ itu sejak ia dibuat.

Prosedur ‘Vagina 3D’ itu dilaporkan berharga sebanyak THB50, 000 (RM6, 300), dan melibatkan liposuction pada bahagian yang mempunyai lemak berlebihan seperti perut atau pinggul. Ia kemudian diikuti dengan menyuntik lemak itu ke dalam ‘mons pubis.’ –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *