Vagina yang berair dan berbau adalah petanda bahagian ini dijangkiti kuman

Tak selesanya bila underwear basah…rasa melekit semacam sahaja. Lebih memalukan bila vagina mengeluarkan bau yang kurang senang. Ia membuatkan wanita rasa rendah diri dan malu untuk bermesra dengan suami.

Kepada wanita di luar sana, jangan ambil mudah soal ini. Tangani segera kerana vagina yang berair dan berbau adalah petanda bahagian ini dijangkiti kuman atau mungkin mempunyai masalah dalaman yang serius.

Paling menakutkan bila ia mula mengganggu hubungan intim. Bimbang nanti ‘selera’ suami mati untuk bersama anda. Jom selidik punca vagina berair dan berbau. Kami juga kongsikan cara untuk atasinya.

Punca

1. Jangkitan Kuman
Jika cecair yang keluar daripada vagian berbau dan menyebabkan kegatalan, ini tandanya vagina anda dijangkiti kuman.

2. Panty liner
Panty liner boleh menyebabkan vagina berbau. Ia disebabkan oleh gangguan pengaliran udara di sekitar vagina yang mengaktifkan tindak balas bakteria terutama di bahagian vagina yang lembap dan berpeluh.

Tidak Jaga Kebersihan

Faktor kebersihan sangat penting untuk menjaga kesihatan vagina. Pakai underwear yang bersih, selesa dan menyerap peluh. Selain itu, sentiasa pastikan vagina kering dan bersih.

3. Underwear Basah
Pastikan underwear atau seluar dalam anda sentiasa kering. Jangan pakai underwear yang basah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selepas membuang air kecil, lap vagina sehingga kering sebelum memakai kembali underwear.

4. Makanan Sejuk & Berangin
Elakkan makan makanan yang sejuk dan berangin seperti timun, terung, kangkung, jambu batu dan bayam. Makanan ini boleh membuatkan rahim kembang dan vagina berair. Makanan yang berbau juga perlu dielakkan seperti petai dan jering.

Cara Atasi Vagina Berbau

1. Hampir semua jangkitan boleh dirawat dengan antibiotik. Jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
2. Penggunaan pencuci vagina boleh membunuh kuman yang baik. Untuk selamat, gunakan air suam untuk mencuci bahagian luar dan dalam vagina.
3. Elakkan menyembur air ke dalam vagina, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.
4. Jangan memakai bedak dan pewangi di bahagian sulit.
5. Tukar pad dengan kerap ketika haid.
6. Cuci dubur dengan betul, iaitu sapu dari depan tolak ke belakang. Ia bagi mengelakkan kuman bahagian dubur masuk ke lubang vagina.
7. Amalkan diet yang baik. Antara makanan yang membantu kesihatan vagina adalah sayur-sayuran hijau dan yogurt.

Petua Tradisi

Air rebusan manjakani dan sireh

Cara yang paling mudah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan vagina adalah menggunakan herba. Rebus manjakani dan sireh bersama air sehingga mendidih. Tunggu air rebusan suam. Kemudian gunakan air rebusan ini untuk membasuh vagina. Bukan sahaja hilang bau yang kurang enak malah air rebusan ini merawat dalaman wanita dan membantu vagina kembali ‘ketat’.

Penulis: Intan Rohaizat Zakariya

Sumber – Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *