Video Itik Dan Ayam Tergantung Di Belakang Kereta Jadi Viral

Baru-baru pengguna lebuh raya Guangdong, China telah dikejutkan dengan kehadiran dua ekor haiwan berbulu yang menyururi lebuh raya itu tenpa memakai sebarang alat keselamatan.

Menerusi video yang viral di media sosial China kelihatan seekor ayam yang berwarna coklat gelap bersama seekor itik berwarna putih dibiarkan tergantung dalam beg plastik putih di belakang sebuah kereta.

Kedua-dua haiwan itu dilihat cuba untuk mengerakkan badan mereka mungkin ketakutan atau cuba untuk menyelamatkan diri tetapi yang pastinya tidak berjaya kerana plastik itu digantung terlalu ketat dan sempit.

Kejadian itu telah dirakamkan pemandu kereta lain yang turut mengunakan lebuh raya itu.

Tindakan pemilik kereta Nissan jenis Sunny itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang tertawa kerana berasa kelakar melihat ‘spare-part’ tambahan pada kereta itu.

Manakala, ada juga netizen yang berasa kasihan melihat keadaan dua ekor haiwan malang itu yang mungkin kesejukan atau ketakutan.

Namun, yang sebenarnya kejadian seperti itu adalah normal di China kerana ramai netizen di China yang menggantungkan itik dan ayam di belakang kereta mereka.

Setiap satu daripada dua gambar Festival Musim Bunga yang menunjukkan itik dan ayam digantung atau diikat pada belakang kereta akan menjadi viral.

Malah, ia juga bukan hanya untuk itik dan ayam sahaja kerana terdapat juga satu gambar yang viral menunjukkan seekor anjing digantung dalam guni pada bonet kereta. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *