Jordana Brewster dan Justin Lin Bakal Kembali Semula Ke Dalam Fast & Furious

Los Angeles – Usaha keras Vin Diesel untuk mengumpul semula ahli keluarga Fast & Furious sepertinya telah membuahkan hasil selepas dua orang lama Fast & Furious iaitu Jordana Brewster dan Justin Lin bersetuju untuk kembali semula dalam siri ‘blockbuster’ itu.

Jordana Brewster dan Justin Lin mempunyai dua watak yang berbeza di dalam siri Fast & Furious dimana Brewster telah melakonkan watak Mia, iaitu adik kepada Dom Torretto manakala Lin pula adalah pengarah Fast & Furious dari siri ketiga sehingga keenam.

Menerusi akaun Facebooknya, Vin telah memberikan petunjuk mengenai kepulangan Brewster dan Lin ke dalam Fast & Furious dan mengatakan yang mereka kembali semula disebabkan oleh pemintaan peminat.

Anda mahu (Fast & Furious) 9 dan 10 menjadi luar biasa.  Kami dengar kebimbangan anda mengenai filem ini dan dimana dia perlu sampai untuk bab terakhirnya.  Teka siapa pengarahnya?  Anda mungkin tidak akan percaya.  Orang yang bertanggungjawab untuk membangkitkan filem ini. Justin Lin!

Dia juga mahukan seseorang yang menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Dia mahukan seseorang yang tersangat penting berada di sini. Dan, seseorang yang anda semua mahukan.  Tiada yang lebih dari Torretto selain adik saya, Jordana Brewster iaitu Mia Torretto.  Anda yang faham franchise ini tahu betapa gilanya dia.  Anda boleh saksikannya dalam siri Fast & Furious yang seterusnya.

Berita mengenai kepulangan Brewster dan Lin telah disambut peminat Fast & Furious dengan gembira dan itu boleh dilihat menerusi komen yang membanjiri Instagram Brewster apabila dia memuat naik gambarnya bersama Vin dan Lin.

Namun, meskipun ramai orang berasa gembira dengan berita itu, ada juga sesetengah peminat yang berasa sedih kerana Paul Walker tidak dapat bergabung semula dengan keluarga Fast & Furious-nya.

Kahadiran semula Brewster sebagai Mia pasti akan membuatkan peminat teringat kepada Brian O’Conner (Paul Walker) kerana Mia merupakan isteri kepada Brian.  Yang pastinya, ramai peminat sudah mula tertanya-tanya bagaimana cara Vin akan mengembalikan watak Mia tanpa Brian.

Namun, semua persoalan itu hanya akan terjawab apabila Fast & Furious 9 ditayangkan pada tahun 2020. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *