Wanita beri ulasan negatif terhadap sebuah hotel, digesa turunkan berat badan

SEORANG wanita yang meninggalkan ulasan negatif terhadap sebuah hotel penginapan terkejut selepas menerima mesej dari kakitangan hotel terbabit yang memintanya supaya menurunkan berat badan.

Emily Chance berkata, pemilik Hotel Nelcon, Ken Evans melalui satu pesanan mesej menuduhnya membenci semua orang dan setiap perkara yang ada di hotel itu.

Katanya, dia menerima pesanan mesej itu selepas membuat ulasan negatif di laman web Booking.com.

Menurut Emily, dia berasa marah dengan kenyataan pemilik hotel itu yang disifatkan sebagai serangan peribadi terhadap dirinya.

Dia membayar £38 (RM212) untuk penginapan selama dua malam bersama suaminya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka pada September lalu.

Namun, percutian romantik itu bertukar menjadi mimpi ngeri kerana hotel berkenaan tidak menepati standard yang diharapkannya.

Dalam ulasan yang dibuat pada 30 September lalu, dia membuat aduan mengenai hotel itu yang busuk dan menyediakan tuala kotor.

Dia turut memberi penilaian skor 3.8 daripada 10 untuk hotel itu.

Dalam pada itu, jurucakap hotel terbabit membalas kenyataan Emily dan mempertikaikan apa yang diharapkannya dengan bayaran £38 (RM212) itu.

Pemilik hotel terbabit turut menjelaskan bahawa mereka tiada masalah dengan ulasan pelanggan.

Namun mereka menyifatkan ulasan negatif Emily berunsur penipuan.

“Walaupun hotel bajet sahaja, hotel kami tidak kotor seperti yang didakwa,” ujarnya.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *