Wanita Buta Dua Belah Mata Selepas Ditikam Menggunakan Kasut Tinggi

Seorang wanita buta seluruh mata kiri dan hampir buta sebahagian mata kanan selepas rakan sekerjanya bertindak menikam matanya menggunakan kasut tinggi.

Menurut laporan, Siti Zahara yang ketika itu memakai sepasang kasut tumit tinggi jenis stiletto berukuran sekitar 14.5 cm telah menendang muka Nur Lena, meskipun telah dihalang saksi kejadian itu.

Siti Zahara, 28 tahun dikatakan telah menendang muka Nur Lena, 30 tahun yang merupakan pekerja sementara KTV berulang kali ketika pergaduhan itu terjadi.

Nur Lena mengatakan yang dia boleh rasa kasut tumit tinggi itu memukul kelopak matanya beberapa kali sebelum menikam bola matanya.

Pergaduhan yang berlaku di antara Nur Lena dan Siti Zahara itu berpunca daripada satu masalah yang remeh dan tidak melibatkan mereka berdua secara langsung. Ia hanyalah disebabkan oleh adik perempuan Siti Zahra itu pernah bercinta dengan kawan Nur Lena.

Pada waktu itu, adik Siti Zahara baru sahaja memakai pendakap gigi, dan ia telah dibayar oleh kawan Nur Lena.  Meskipun telah berpisah, kawan Nur Lena itu masih ingin terus membayar walaupun Nur Lena telah menghalangnya.

Berikutan kejadian itu, Nur Lena telah dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan yang mata kiri Nur Lena telah mengalami buta kekal, manakala mata kanannya pula, mengalami hemianopia sementara.

Hemianopia sementara adalah keadaan dimana pesakit hanya boleh melihat bahagian hidung sahaja dari pandangan mata mereka. Mata kiri Nur Lena telah selamat dikeluarkan dan implan orbital juga telah dilakukan kepadanya.

Sementara itu, Siti Zahara pula telah didakwa atas kesalaahan menyebabkan kecederaan parah kepada Nur Lena dengan melakukan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Oleh itu, Siti Zahara berhadapan dengan hukuman maksimum penjara empat tahun dan denda sebanyak $10,000. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *