Wanita Ditahan 3 Hari Kerana Guna Telefon Bimbit Dalam Pesawat

Awal bulan Oktober lepas, seorang lagi penumpang telah ditahan kerana menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam pesawat yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun.

Itu telah meningkatkan lagi kebimbangan netizen China mengenai larangan kontroversi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan di China yang tidak teragak-agak untuk memberikan amaran atau menahan penumpang yang ditangkap kerana mengunakan telefon bimbit ketika mengunakan perkhidmatan penerbangan domestik.

Seperti yang terjadi kepada seorang penumpang wanita yang telah menggunakan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas.

Meskipun, krew kabin penerbangan itu telah memberikan amaran mengenai pengguanan telefon bimbit, wanita itu bertindak mengabaikan amaran itu tetapi dia kemudian menjadi marah dan akhirnya telah menimbulkan pergaduhan.

Menurut Shanghaiist, wanita itu juga menuduh pramugari itu telah menakutkannya dan dia malah memanggil pramugari itu sebagai “mental”.

Walaupun selamat tiba ke Hangzhou, masalah wanita itu tidak habis disitu sahaja kerana dia kemudian telah ditahan selama tiga hari oleh pihak berkuasa.

Namun, itu bukanlah kejadian yang pertama kerana kejadian seperti itu juga pernah berlaku pada awal tahun ini.

Sebelum ini di antara bulan Januari dan Febuari, pihak berkuasa China telah menahan tiga orang penumpang atas kesalahan mengunakan telefon bimbit secara haram di dalam pesawat.  Salah seorang penumpang itu malah telah ditahan selama lima hari hanya kerana dia telah mendengar lagu mengunakan telefon bimbit ketika pesawat berlepas dan mendarat.

Namun, disebabkan oleh kebimbangan rakyat serta kemajuan penerbangan, China akhirnya putuskan untuk hapuskan larangan pengunaan telefon bimbit ketika mengunakan perkhidmatan penerbangan, yang sepatutnya berkuatkuasa pada tahun 2017.

Timbalan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, Zhu Tao mendedahkan sebelum ini yang penumpang akan dibenarkan untuk mengunakan telefon bimbit semasa penerbangan “dalam masa terdekat.”

Menurut Straits Times, kerajaan China juga bersedia untuk memberi kebebasan kepada syarikat penerbangan untuk membuat keputusan sama ada mereka akan membenarkan penggunaan telefon bimbit di dalam pesawat mereka atau tidak.

Sementara itu, banyak syarikat penerbangan luar telah membenarkan penumpang mereka untuk mengunakan beberapa peranti semasa tempoh penerbangan, termasuklah komputer riba dan telefon pintar.

Manakala, sesetengah syarikat penerbangan China pula hanya membenarkan penggunaan komputer riba, dan tidak telefon pintar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *