Wanita hampir maut ovari pecah akibat terlalu ghairah melakukan hubungan intim

Pelik tapi benar, begitulah kejadian yang menimpa wanita ini setelah sekian lama tidak berjumpa dengan suaminya. Seorang wanita berusia 26 tahun hampir maut selepas bahagian ovarinya pecah akibat terlalu ghairah melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Memetik Malaysia Digest, wanita itu dikhabarkan sudah enam bulan tidak bertemu dengan suaminya yang berusia 28 tahun kerana masing-masing bekerja di luar bandar.

Pada 19 ogos lalu, mereka berjumpa dan saling melepaskan rindu. Walau bagaimanapun, pertemuan romantik pasangan berkenan bertukar tragedi apabila wanita itu mengalami kesakitan yang sangat teruk pada bahagian perutnya selepas melakukan hubungan intim.

Wanita itu kemudiannya di kejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dan tidak sedarkan diri akibat daripada hubungan intim yang terlalu ganas dengan suaminya sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman. Pihak hospital melaporkan,bahwa wanita itu telah kehilangan hampir 40 peratus daripada jumlah darahnya.

Tidak hanya itu,Dr Huang Mei juga mendapati sejumlah darah dan cecair di bagian perut pelvis wanita itu.

“Terdapat kira-kira 1,500ml dalah dalam perutnya hilang, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah darah dalam badan.jika terlambat di hantar besar kemungkinan nyawa wanita itu tidak dapat diselamatkan”katanya.

Doktor kemudian segera melakukan laporoskopi diagnosistik ke atas wanita berkenaan dan hasil ujian mengesahkan dia mengalami Hemoperitoneum iaitu kehadiran darah dalam rongga peritoneum.

Wanita itu juga turut disahkan mengalami sista ovari yang pecah dibagian kanan dipercayai akibat aktiviti seksual yang agresif.

Selepas membuat pembedahan untuk mengeluarkan sista pada ovarinya, wanita itu kini sudah semakin pulih.

Sumber – aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *