Wanita Jual Semula Mainan Happy Meal Dengan Harga RM15 Untuk Buat”Kebajikan”

Setiap kali McDonalds kenalkan permainan terbaru yang akan dikeluarkan bersama set Happy Meal-nya, sesetengah pelanggan restoran makanan segera itu pasti akan berasa kecewa kerana terdapat pihak yang akan membeli semua permainan itu dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi.

Seperti yang berlaku kepada minggu lepas, sewaktu McDonalds mengeluarkan ‘Hello Sanrio Tea Set’, seorang wanita Malaysia telah merancang satu cara yang sempurna untuk menutup niatnya ingin menjual semula permainan itu melalui kebajikan.

Menerusi akaun Facebook-nya, wanita bernama Lee itu menulis,

“Saya ada 25 set Happy Meal McDonalds untuk diberikan.  Tidak termasuk mainan.  Sesiapa yang mempunyai kanak-kanak dirumah boleh dapatkannya dari saya.  Makan hanya akan sedia pada jam 1 petang.”

Esoknya pula, Lee telah membeli 90 set Happy Meal dan mendermakan ke semua makanan itu kepada orang yang memerlukan serta rumah anak-anak yatim.

Bagi yang tidak tahu perkara sebenar pasti akan tertipu “kegiatan amal” Lee itu, tetapi netizen mula sedar yang Lee sebenarnya telah menjual permainan Happy Meal itu dengan harga RM15. Meskipun, harga asal permainan itu hanyalah RM6.95.

Malah Lee juga mengatakan yang RM15 itu adalah untuk menanggung bayaran penghantaran ke seluruh dunia, tetapi yang kelakarnya, dia menjual permaian itu di Shopee dan semua orang tahu yang Shopee tidak mengenakan sebarang caj penghantaran kepada pelanggannya.

Dalam erti kata lain, Lee akan memperolehi keuntungan kira-kira RM8 dari setiap permainan yang dijual.

Yang pastinya, netizen telah memberi kritikan yang teruk kepada Lee kerana telah menyembunyikan permainan itu untuk mendapatkan wang dengan menggunakan nama kebajikan.  Netizen juga telah mengelarkan Lee sebagai seorang yang tidak beretika.

Tidak hairanlah semua permainan itu hilang ketika saya pergi ke McDonalds.  Jika anda benar-benar lakukan itu untuk kebajikan, semua keuntungan hasil jualan permainan itu patut pergi ke rumah anak yatim juga!

Kenapa semua kecoh dan keliru? Pelanggan itu juga mungin akan beli satu set Happy Meal, simpan permainan itu dan berikan makanan itu sendiri!

Sementara itu, Lee tetap mempertahankan dirinya dengan mengatakan yang 25 set Happy Meal yang pertama sahaja dia telah jual di Shopee, tetapi, 90 set yang seterusnya tidak dijual. Dia mendakwa hanya mendapat keuntungan sedikit sahaja kerana telah menanggung kos bayaran pos, kos pembungkusan dan mencetak borang pesanan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *