WhatsApp Perkenal ‘Live Location’ dan ‘Group Call’

Jika anda sering mengalami masalah untuk memberitahu kawan atau keluarga dimana lokasi anda yang sebenar melalui mesej, kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana WhatsApp telah menyediakan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

Kemas kini terbaru WhatsApp telah mendapat perhatian ramai orang kerana salah satu ciri-ciri terbarunya iaitu, “Live Location” telah membolehkan pengguna menghantar lokasi semasa mereka kepada sesiapa sahaja dengan tepat.

Menurut The Independent, ciri-ciri itu tidak akan membuatkan lokasi anda terdedah kepada orang ramai dan ia juga bertujuan untuk kegunaan jangka masa yang singkat sahaja.

Cara untuk mengaktifkan “Live Location” juga sangat mudah, sebaik sahaja aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda sudah dikemas kini,

  1. Pergi ke mana-mana ‘chat’ di WhatsApp,
  2. Tekan butang “tambah” atau “+”,
  3. Tekan “lokasi” dan pilih “kongsi Live Location”,
  4. Kemudian, “hantar”,
  5. Live Location akan muncul di skrin penerima.

Selain itu, pengguna juga boleh kongsi lokasi sebenar mereka untuk sama ada 15 minit, 1 jam atau 8 jam.

Meskipun kemas kini aplikasi terbaru WhatsApp itu dilaporkan boleh digunakan pengguna iOS dan Android hanya pada beberapa minggu yang akan datang, tetapi beberapa pengguna sudah boleh mengakses “Live Location” itu.

Sementara itu, bukan itu sahaja kemas kini terbaru dari WhatsApp, menurut NDTV, Whatsapp juga akan menambah “Group Call” pada aplikasi WhatsApp dalam masa terdekat.  Meskipun, tarikh sebenar masih belum diumumkan lagi tetapi itu sudah cukup membuatkan pengguna berasa tidak sabar untuk mengunakan ciri-ciri terbaru itu. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *