Yayasan Kanak-Kanak Audrey Hepburn disaman

LOS ANGELES: Anak lelaki mendiang aktres Audrey Hepburn semalam, memfailkan saman ke atas Yayasan Kanak-Kanak Audrey Hepburn bagi menghalang mereka menggunakan nama aktres itu pada produk yang dijual.

Sean Hepburn Ferrer yang pernah mempengerusikan yayasan berkenaan, mendakwa pertubuhan amal itu melanggar hak cipta milik beliau dan abangnya, Luca Dotti.

Dotti dan Ferrer adalah pengasas yayasan yang sebelum ini dikenali sebagai Hollywood for Children Inc (HFC) selepas kematian ibu mereka pada 1993 ketika berusia 63 tahun.

Ferrer memfailkan tuntutan saman itu di Mahkamah Persekutuan Los Angeles dan terlebih dulu berdepan tuntutan saman yayasan berkenaan Februari lalu.

Dalam tuntutan itu, Ferrer didakwa menggunakan kekerasan melampau dan menjejaskan usaha yayasan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bagi meraih dana.

Peguam yayasan, Steven Young, dalam satu wawancara berkata, Ferrer secara berterusan mengganggu usaha yayasan terbabit dalam mencari dana untuk pelbagai acara amal.

“Kami yakin tuntutan saman ini akan berjaya dan juri pasti memberi keputusan yang adil,” katanya. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *