15 lokasi tanah runtuh di Balik Pulau berpunca dari penerokaan haram?

Kejadian tanah runtuh di negeri Pulau Pinang bukan sesuatu yang baru lagi, sebaliknya ia kerap berlaku sejak akhir-akhir ini di negeri itu. Baru-baru ini sahaja berlaku tanah runtuh di lereng bukit di Tanjung Bungah.

Sebuah projek perumahan mewah di kawasan tersebut terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat dan banjir. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana difahamkan projek perumahan mewah itu belum diduduki meskipun sudah siap dibina.

Berdasarkan sumber, terdapat lebih 15 lokasi tanah runtuh di sepanjang jalan Bukit Baru ke Balik Pulau masih belum boleh digunakan walaupun kawasan tersebut telah dibersihkan kerana tidak selamat dan berisiko.

Kejadian terburuk dalam sejarah jalan Bukit Baru ini didakwa berpunca dari penerokaan haram. Banyak kawasan hutan diteroka dan ditebang dikatakan untuk dijadikan tapak pertanian.

Namun apa yang peliknya apabila Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh mendakwa bahawa tiada tanah hutan yg diteroka secara haram.

Jika dikatakan tiada tanah hutan yang diteroka secara haram, adakah ia telah dihalalkan oleh kerajaan DAP?

Baru-baru ini, berlakunya kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah mengakibatkan 11 pekerja binaan tertimbus. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *