5 Binatang Peliharaan Yang Rendah Kos Penjagaan

Pernah tak korang dengar ada orang merungut kata kos untuk bela haiwan peliharaan ni mahal dan susah nak jaga..mana taknya makanan, tempat tidur dan ubat-ubatan semua kena dijaga. Tapi kalau dah sayang tu mahal macam mana pun kita tetap akan belanja jugak tambah-tambah haiwan tu kita dah anggap macam ahli keluarga sendiri.

Disini ada berita gembira untuk orang kedekut yang teringin nak bela haiwan peliharaan. Yang pastinya korang tak payah keluarkan belanja yang banyak pun untuk haiwan-haiwan ni.

Jom tengok apa yang korang boleh bela ;

1. HERMIT CRAB / UMANG-UMANG

Haiwan ni sangat sesuai untuk orang yang jenis tak suka nak bermanja-manja. Korang boleh beli sebab kos penyelenggaraan dia pun murah dan mudah, cuma beli tangki yang berpenutup dan pastikan persekitaran yang lembap. Untuk makanan pula cuma beri buah-buahan dan sayuran yang dipotong kecil-kecil ataupun kekacang yang dikisar halus sahaja. Jangan lupa sediakan juga air minuman untuk umang-umang kesayangan korang ni.

2. IKAN MAS

Kalau korang perasan kalau tengok cerita mat saleh dalam rumah dorang mesti ada balang yang berisi ikan emas, tau ke sebab apa? Sebabnya ikan ni cantik dan murah. Tapi korang kena keluarkan belanja lebih sikit masa beli tangki tapisan air dia je. Pastikan air sentiasa bersih dan beri makanan yang secukupnya. Ikan emas comel ni mampu hidup selama lebih dari 20 tahun kalau korang pandai jaga dia tau.

3. SERINDIT / NURI

Selain kena beli sangkar burung, makanan dan air haiwan ni sangat manja tau korang kena selalu luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari. Apa yang menariknya burung ni boleh jadi haiwan yang manja dan meniru percakapan kita.

4. CICAK TOKEK

Bagi pencinta reptilia, cicak tokek harimau (Leopard Gecko) adalah sangat sesuai untuk korang. Tak macam cicak-cicak yang lain, haiwan ni sangat manja dan mudah mesra dengan manusia. Pada permulaan mungkin akan melan belanja yang besar sebab kena beli tangki, lampu dan persekitaran yang lembap. Cicak tokek hanya makan serangga dan cacing hidup sahaja.

TIKUS BELANDA

Tikus belanda adalah haiwan peliharaan yang sangat manja dan menghiburkan tapi ianya tak lah berapa murah sangat tetapi agak berpatutan juga la kalau nak dijadikan haiwan peliharaan. Selain sangkar korang kena sediakan tempat tidur yang dipenuhi jerami dan makanannya pula sangat murah. Tempoh hayat tikus belanda ni tak lama mereka cuma tak lebih dari lima tahun. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *