5 Jenis Pewangi Yang Mampu Tawan Hati Suami

Korang tahu tak, minyak wangi sebenarnya boleh menarik perhatian orang lain terhadap kita, terutamanya jantina yang berlawanan jenis. Terdapat satu kajian mengatakan bauan minyak wangi juga mampu tingkatkan daya tarikan seksual.

Kebanyakan wangian yang mampu membuatkan lelaki merasa lebih teransang adalah wangian yang berasal dari jenis makanan seperti cherry, strawberry, rose, nenas dan juga manisan lain seperti kek.

Nak tau minyak wangi yang korang pakai tu termasuk tak dalam senarai wangian yang mampu merangsangkan lelaki? jom tengok sini;

1. Bau Vanilla

Bau vanilla yang manis dan ia menjadikan si pemakai seakan memiliki karakter yang peramah. Bauan manis yang terhasil itu miliki kesan euforia pada otak lelaki dan secara automatik akan membuatkan perasaan sensual mereka dihidupkan.

2. Bau Donat Dan Licorice (sweet root)

Menurut pakar, gabungan wangian donat dan Licorice ini sangat sempurna untuk meningkatkan rasa ghairah dan tergila-gilakan si pemakai. Ternyata wangian ini mampu membuatkan lelaki menjadi 30% rasa terangsang terhadap wanita.

3. Pie Labu

Pai labu dengan campuran lavender diyakini dapat meningkat rasa ghirah seorang lelaki sebanyak 40%. Ini lebih tinggi daripada gabungan donat dengan Licorice tadi. Bau vanila dan kulit kayu manis yang terdapat didalam pai labu dikatakan mampu meningkatkan hormon seksual.

Jadi kepada isteri-isteri di luar sana tu, boleh la cuba buat pai labu malam ni mana tau boleh dapat hadiah malam ni, baru boleh tidur dengan senyuaman. Tapi jangan lupa gunakan vanilla dan kulit kayu manis tau.

4. Oren

Bau yang dihasilkan oleh buah oren ini boleh memberi reaksi ghairah kepada lelaki. Oren juga dikatakan berkemampuan untuk membuat lelaki berasa seperti sedang mengembara dan juga berkecenderungan terhadap sexualiti dengan wanita.

5. Popcorn

Pakar mengatakan, lelaki sangat terangsang dengan bauan daripada popcorn kerana mempunyai bau yang berkaremel. Ini adalah salah satu wangian yang paling sensual dan menarik yang mampu membuatkan lelaki seperti terbang diawangan.

Kepada wanita-wanita terutamanya yang sudah berkahwin tu, jika masih belum ada minyak wangi daripada jenis wangian di atas tu cepat-cepat la pergi beli. Tukar-tukar bau baru ada ‘feel’..Untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri jugak kan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *