6 Manfaat Lidah Buaya Yang Tidak Diketahui

Hampir diseluruh dunia ni mesti pernah menggunakan daun lidah buaya termasuklah dalam produk kecantikan juga. Lidah buaya boleh dikategorikan sebagai tanaman ajaib kerana daripada luka melecur sehinggalah ke penyakit sembelit, pokok lidah buaya mampu mengubatinya.

Jom ketahui apa manfaat yang boleh kita dapatkan dari pokok lidah buaya ini;

1. Tinggi Antioksidan

pokok lidah buaya ini mempunyai kandungan vitamin, mineral dan juga kandungan sebatian perubatan. Salah satu daripada sebatian perubatan yang terdapat dalam daun ini adalah polifenol, yang mana mempunyai sifat antioksidan yang sangat tinggi dan mampu menyahkan pertumbuhan bakteria jahat pembawa penyakit.

2. Menyembuhkan Kesan Luka Terbakar

Daripada terkena selaran matahari (sunburn) sehinggalah ke luka melecur tahap dua, sapukan saya lendiran atau gel daun lidah buaya dapat membantu pertumbuhan kulit untuk tumbuh dengan cepat dan sihat.

3. Mencegah Sakit Gigi

Kajian mendapati berkumur dengan 100 % air lidah buaya sama kesannya seperti berkumur dengan ubat kumur seperti yang dijual di pasaraya. Ini kerana sifat antibakterianya yang mampu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria utama penyakit mulut iaitu Streptococcus mutans.

4. Ubat Pencuci Perut

ubat pencuci mulut ataupun lebih dikenali dengan nama julap ini sangat berkesan untuk menghilangkan masalah sembelit. Kandungan zat yang terdapat pada permukaan bawah kulit lidah buaya ini sangat berkesan untuk dijadikan julap.

5. Mengurangkan Kedutan Di Muka

daun lidah buaya mempunyai khasiat anti penuaan yang berkesan. Jika anda menggunakan gel lidah buaya secara teratur selama 90 hari, kulit anda akan menjadi anjal dan halus kerana gel lidah buaya mampu meningkatkan kolegen dalam badan.

6. Merawat Kelimumur Dan Penyakit Kulit

gel lidah buaya mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, itu membuatkan ia mampu menghidratkan semula kulit kepala dan mampu mengurangkan kegatalan kepala akibat kelimumur. Selain itu, lidah buaya juga merupakan pelembap rambut yang paling berkesan sekali. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *