7 pejuang hamas maut operasi tentera israel letupkan terowong

Gaza: Satu operasi tentera Israel untuk meletupkan satu terowong dari Semenanjung Gaza menyebabkan tujuh pejuang Hamas maut sekali gus meningkatkan ketegangan di rantau itu.

Semua mangsa terbunuh selepas Israel meletupkan terowong itu kelmarin yang didakwa melintasi sempadan negara berkenaan dan bertujuan untuk melancarkan serangan.

Beribu-ribu penduduk termasuk pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menghadiri pengebumian lelaki itu di Semenanjung Gaza semalam.

Seorang pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya berikrar untuk membalas dendam atas kematian tujuh anggota pergerakan itu.

Hamas dan Israel berperang sebanyak tiga kali sejak 2008 dan konflik terakhir pada 2014 berpunca daripada terowong dari Gaza bagi melancarkan serangan.

Tentera Israel berkata, pihaknya memantau terowong itu untuk satu tempoh masa dan terpaksa bertindak selepas ia mencabuli kedaulatan negara itu.

Israel mendakwa serangan dijalankan di kawasan sempadan di negara itu dan menegaskan operasi itu bukan mahu mencetuskan ketegangan.

Terowong itu didakwa berasal dari Khan Younis di Semenanjung Gaza.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *