9 Ramuan Ini Mampu Kekalkan Awet Muda Pada Wajah

Zaman sekarang ni ramai orang berlumba-lumba nak nampak cantik kan, tak kira la tua ke muda masing-masing kongsi petua untuk kelihatan awet muda. Bagi memastikan kulit kelihatan cantik dan sihat, apa yang paling penting ialah kandungan kolegen yang terdapat dalam tubuh badan kita.

Untuk merangsangkan lagi peningkatan kolegen didalam badan ia memerlukan nutrisi yang tepat, baik dari dalam mahupun luaran. Berikut adalah beberapa jenis bahan yang dapat membantu meningkatkan lagi kolegen pada kulit muka anda;

Minyak Zaitun + Minyak Biji Anggur

Campur 4 hinggan 5 titis minyak biji anggur dengan 1 sudu teh minyak zaitun. Sapukan ke seluruh kulit muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Jambu + Lobak Merah

Ambil setengah biji jambu yang sudah masak. Buangkan bijinya dan kisar sampai lumat. Kemudian campurkan dengan 1 sudu teh jus lobak merah. Sapukan di muka dan biarkan selama 15 minit dan cuci dengan air suam.

Putuh Telur + Jus Lemon

Ambil sebiji telur, ambil bahagian putihnya sahaja dan campurkan dengan 2 sudu teh jus lemon. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air biasa.

Avocado + Madu

Ambil setengah biji buah avocado masak dan lumatkan. Campurkan dengan 2 sudu teh madu dan sapukan di muka selama 20 minit. Kemudia bilas wajah anda dengan air suam.

Tepung Beras + Tomato

Untuk jadikan masker, campur 1 sudu teh tepung beras dengan 2 sudu teh isi tomato yang telah dihancurkan. Sapu pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pisang + Krim Susu

Kisar sebiji buah pisang kemudian campurkan dengan 1 sudu teh krim susu. Sapu pada keseluruhan wajah dan biar selama 10 minit, kemudian bilaskan dengan air yang suam.

Minyak Kastor + Kiwi

Ambil 4 titis minyak kastor kemudia dicampur dengan 2 sudu teh isi buah kiwi yang telah dikisar. Lumurkan pada kulit wajah dan biarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Nenas + Gula

Ambil 2 hirisan nenas masak dan kisarkan sehingga lumat. Campurkan dengan 1 sudu teh gula pasir. Gosokkan pada wajah dan leher dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

Minyak Badam + Mangga

Campurkan 2 sudu teh isi buah mangga yang telah dikisar bersama 1 sudu teh minyak badam. Sapu dan biarkan selama 20 minit pada wajah, kemudia bilas dengan air suam.

Anda boleh pilih salah satu daripada bahan-bahan diatas untuk dijadikan amalan bagi mendapatkan kulit yang halus, licin da lembut. Seeloknya diamalkan 2 minggu sekali. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *