Wow!! Inilah 5 Makanan Tercantik Didunia

Setiap orang dari kita memiliki cita rasa yang berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang khusus sebelum memilih makanan yang hendak dimakan kan. Tambahan pula pada zaman yang serba serbi nak di ‘viral’kan ni, mesti anda semua pilih restoran yang cantik, unik dan mempunyai makanan yang sedap.

Jadi tidak hairan lah kalau ada diantara kita yang tak peduli pun tentang bagaimana rasa makanan tersebut asalkan rupa dan hiasannya cantik untuk dimuat naik dalam laman sosial.

Disebabkan ini jugalah, kebanyakkan restoran diseluruh dunia akan berusaha keras untuk memiliki beberapa jenis menu yang khusus untuk menarik perhatian pengunjung mereka.

Berikut adalah 5 makanan yang tercantik yang terdapat di beberapa restoran terkemuka di dunia.

Red Fruits From the Garden – Errenteria, Spanyol

Andoni Luis Aduriz telah mengambil masa setahun untuk menghasilkan pencuci mulut bergelumbung yang cantik ini. Ia diperbuat daripada beri yang telah dijemur dibawah sinaran matahari dan juga ubi bit. Akan tetapi restoran ini telah ditutup akibat dari kebakaran yang telah berlaku pada awal tahun ini. Aduriz juga telah merancang untuk membukanya semula pada musim panas nanti.

White Tuna Poached in Olive Oil – Le Bernardin, New York City

Eric Ripert yang jugaa adalah seorang pakar dengan masakan makanan laut telah mencipta satu hidangan isi ikan tuna putih yang dimakan bersama minyak zaitun dan dihiasi dengan kacang laut, hirisan kentang rangup dan sos wine kacang merah.

Confit of Moulard Duck “Foie Gras” – French Laundry, California

Hidangan baru ini telah dihasilkan oleh seorang ketua chef terkenal iaitu Timonthy Hollingsworth dari Laundry Perancis. Disusun dengan penuh teliti antara foie gras beku dengan jeruk huckleberries dan ditambah pula dengan kelopak-kelopak bunga yang dipetik dari taman restoran itu sendiri.

Eggs Caviar – Jean Georges, New York City

Jean-Georges Vongerichten’s berjaya menghasilkan Eggs Caviar yang anggun bergaya iaitu telur hancur bermentega dan lembut, dihidangkan didalam kulit telur dan dihiasi dengan krim putas dan secubit kaviar.

Royal Sterling Caviar “Vichyssoise” of Caraquet Oysters – Eleven Madison Park, New York City

Daniel Humm (F&W Best New Chef 2005) of Eleven Madison Park telah menyusun atur kaviar mutiara, kentang vichyssoise dan daun bawang – semua di dalam seekor tiram. Hidangan ini adalah makanan kalsik kegemaran masyarakat Perancis.

Cantik, menyelerakan atau tidak itu semua terpulang pada cita rasa masing-masing. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *