Adun DAP bodoh bila dakwa durian dikenakan GST

Isu cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sering dipolitikkan oleh pembangkang dalam usaha menghasut rakyat kononnya GST ini membebankan. Wahal langkah melaksanakan GST sudah dijelaskan namun pembangkang sengaja mencetuskan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Semalam, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bertukar kecoh gara-gara durian. Kekecohan itu bermula apabila ADUN Seri Delima RSN Rayer yang dikecam netizen kerana hanya bergambar sewaktu melawat mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini, mencelah EXCO Pertanian, Dr Afif Bahardin menjawab tentang harga durian.

Rayer mendakwa rakyat Pulau Pinang tidak dapat memakan buah durian sebab harga mahal setelah dikenakan GST.

Dakwaan ADUN DAP itu tidak masuk akal dan munasabah. Lagipun, sejak bila pula peniaga-peniaga durian di negeri Pulau Pinang mengenakan GST? Harga buah durian tidak tertakluk di bawah harga kawalan, tetapi harganya mengikut harga pasaran. Tiada GST dikenakan untuk durian.

Sementara itu, EXCO Pertanian pula ketika menjawab soalan “Bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengawal harga durian di Pulau Pinang menjawab,

“Harga durian tidak tertakluk di bawah harga kawalan, tetapi harganya mengikut harga pasaran dan Kerajaan Negeri tidak mengawalnya,” katanya.

Berdasarkan jawapan yang diberikan EXCO Pertanian itu jelas menunjukkan mereka sendiri mengaku tidak mampu mengawal harga barang. Jadi, bagaimana pakatan pembangkang bermimipi-mimpi dan boleh berjanji jika mereka berkuasa, kos sara hidup akan turun dan harga barangan akan turun?

Isu durian ini sengaja dipolitikkan oleh pemimpin DAP untuk menutup isu yang lebih penting yang perlu dibincangkan. Sepatutnya ADUN DAP itu membincangkan isu banjir di Pulau Pinang yang tidak pernah selesai sehingga hari ini.

Begitu juga isu-isu perumahan di negeri itu, bukannya sibuk mempolitikkan isu yang tidak memberi kesan kepada rakyat untuk dibincangkan. Rakyat Pulau Pinang begitu malang dapat wakil rakyat yang bodoh sebegini. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *