Afif Bahardin sakit hati bila KP1M hantar bantuan kepada mangsa banjir

Pembangkang sememangnya jenis tidak tahu bersyukur, sombong dan tidak tahu berterima kasih. Sebaliknya, pembangkang lebih gemar menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu, negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP dilanda musibah apabila banjir besar melanda di negeri itu. Malah, turut berlakunya kejadian tanah runtuh yang teruk.

Bencana alam yang disifatkan paling teruk dalam sejarah yang pernah berlaku di negeri Pulau Pinang itu mengakibatkan banyak harta benda rosak dan juga meragut beberapa nyawa.

Pembangunan tidak terkawal antara punca berlakunya banjir di negeri Pulau Pinang. Itu pun masih tidak memberi pengajaran kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang yang masih mahu menunding jari kepada pihak lain.

Atas dasar keprihatinan, banyak pihak termasuk Kerajaan Pusat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Namun pembangkang cuba mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang dan cuba mencari salah Kerajaan Pusat.

Ini dapat dilihat apabila Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin menghentam bantuan NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia di Sidang DUN. Beliau cuba mempersoalkan sumber dana Kelab Putera 1Malaysia.

“Kita nak tahu dari mana sumbangan ini diperoleh?,” soalnya.

Tindakan Afif ini jelas menunjukkan pembangkang sakit hati bila UMNO dan KP1M hantar bantuan kepada mangsa banjir dan mendapat perhatian rakyat berbanding jentera kerajaan negeri.

Sepatutnya Afif sebagai wakil rakyat di negeri itu harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan dan sumbangan, bukannya bertindak memburuk-burukkan pihak terbabit.

Kenapa Afif tidak mempersoalkan perkara tersebut ketika berjumpa Presiden KP1M, Datuk Seri Hj Abdul Azeez Abd Rahim di hotel Seberang Jaya sahaja? Kenapa sekarang mahu bangkitkan perkara tersebut?

Ini jelas sengaja pembangkang sengaja cuba mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang dan mencari salah Kerajaan Pusat. Pembangkang sememangnya jenis tidak tahu bersyukur dan biadap.

KP1M telah mengagihkan 60 kontena bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang. Antara sumbangan yang diserahkan adalah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat bermula 8 November lalu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *