Ahmad Idham Perlu Elak Buat Filem Syok Sendiri Jika Mahu Berjaya

Pelakon, pengarah dan juga penerbit filem, Ahmad Idham telah menafikan dakwaan yang mengatakan syarikat produksi miliknya iaitu Aifa Motion Pictures telah muflis.

Khabar angin itu mular diperkatakan selepas beberapa filem terbitan syarikat milik Ahmad Idham itu seperti Pencuri Hati Mr Cinderella dan Minah Motor mendapat keuntungan kurang daripada RM100, 000.

Kedua-dua filem itu dikatakan kurang mendapat sambutan daripada netizen kerana jalan cerita filem itu tidak menarik dan sudah ketinggalan zaman. Mungkin pilihan genre filem Ahamd Idham itu kurang bersesuaian dengan minat remaja-remaja zaman sekarang.

Jika, filem itu dikeluarkan pada saat nama rempit dan mamat-mamat jiwang tengah hangat menjadi trend, pasti dua filem seperti itu akan mendapat sambutan hangat sama seperti filem-filem mat motor dahalu.

Lagi pula, netizen Malaysia kini sudah lebih versetail dalam memilih filem apa yang mereka mahu tonton terutama sekali di pawangam. Mana tidaknya, harga tiket wayang saja sudah mahal tambah dengan set popcorn dan air lagi, jadi sudah pasti mereka mahukan filem itu berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.

Mungkin Ahmad Idham boleh lakukan kajian dahulu sebelum keluarkan filem atau drama, kaji genre seperti mana yang netizen lebih suka tonton di pawagam. Jadi, tidaklah membazir keluarkan wang berjuta-juta ringgit tetapi dapat keuntungan pula tidak seberapa.

Dan, tidak timbul lah isu syarikatnya kononnya telah ditutup. Namun Ahamd Idham sendiri telah menyangkal dakwaan itu, malah mengakui sendiri yang syarikatnya itu masih beroperasi seperti biasa dan bakal mengeluarkan drama baru.

Diharap drama baru keluaran syarikat Ahmad Idham yang dikatakan akan menceritakan mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat itu mempunyai jalan cerita yang boleh diterima netizen dan dapat bantu mengembalikan kegemilangan Ahmad Idham sebagai pengarah filem. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *