Ayda Jebat Patut Contohi Sikap Tidak Meroyan Siti Nurdiana

Senarai penuh 12 lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 telah diumumkan pada hari Ahad yang lalu dan menunjukkan AJL pada tahun ini didominasi oleh penyanyi-penyanyi baru.

Namun, keputusan itu telah membuatkan netizen berasa tidak puas hati kerana ada beberapa penyanyi lain yang lebih berbakat layak untuk ke pentas AJL 32. Rupanya, bukan netizen sahaja berfikiran seperti itu, penyanyi Ayda Jebat turut berasa tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Melalui Instagram-nya, Ayda Jebat telah menyuarakan rasa kecewanya apabila lagu ‘Mata’ yang dinyanyikannya tidak layak untuk ke pentas AJL32 dengan berbalas-balas komen bersama pengikutnya mengenai isu itu.

Menurut komen yang Ayda Jebat tulis di Instagramnya, dia mengatakan yang industri muzik seperti tidak mahu membuat pembaharuan dan mempesoalkan apa yang tidak kena pada lirik serta arrangement lagu ‘Mata’ itu.

Selain itu, Ayda juga ada mengatakan yang lagunya itu tidak dapat masuk ke AJL 32 mungkin kerana juri tidak menyukainya atau dia mungkin perlu berbuat baik dahulu dengan juri atau produser baru lagunya boleh masuk AJL.

Wow, deep betul komen Ayda Jebat tu. Kalau ikutkan lirik dengan arrangement lagu ‘Mata’ itu tiada apa yang kurang, lagu itu berbeza dari lagu-lagu yang ada sekarang ini. Tapi, persembahan Ayda pada malam itu, agak kurang menyengat.

Mungkin Ayda penat sebab kena menyanyi sambil menari bukan senang, ia memerlukan stamina yang banyak, setakat ini Stacy saja yang boleh buat persembahan seperti itu. Dari, pertikaikan keputusan juri professional dengan komen seperti itu, Ayda sepatutnya contohi sikap penyanyi senior seperti Siti Nurdiana.

Meskipun, lagunya ‘Terus Mencintai’ turut tidak tercalon untuk ke pentas AJL 32 tetapi Nana mengambil sikap positif dan terima keputusan juri dengan hati yang terbuka. Malah, Nana sedikit pun tidak menyalahkan atau meragui keputusan juri mengapa lagunya tidak terpilih pada malam itu walhal dia sudah lakukan yang terbaik.

Lagi pula, ramai netizen mengatakan yang kalau boleh pilih, lagu Siti Nurdiana itu lebih layak masuk ke pentas AJL 32 tetapi mungkin tidak tercalon kerana tidak menepati kriteria juri profesional.

Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk mereka berdua di luar dari pentas AJL 32. Tahun hadapan masih boleh cuba nasib lagi, tak dapat masuk AJL tidak bermakna tertutup terus peluang untuk menyanyi. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *