Aiman Tino Bengang Dan Benci Dengan Kritikan Netizen

Menerusi satu portal akhbar tempatan, penyanyi Aiman Tino mengakui yang dia sudah bosan dan muak dengan kritikan serta komen yang netizen berikan kepadanya terhadap apa sahaja perkara yang dia lakukan.

Menurut Aiman, netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain itu hidup mereka tidak tenang, oleh itu, dia sudah tidak kesah dengan apa pun yang ingin katakan kepadanya.

Ia berpunca apabila netizen mula mempertikaikan kemunculan Aiman dalam sebuah rancangan dokumentari untuk menceritakan tentang kehidupan Aiman dan keluarganya serta perjalanan karier nyanyiannya.

Memikirkan kerjaya setahun jagung Aiman itu membuatkan netizen berasakan yang kisah Aiman itu tidak layak untuk diceritakan dalam rancangan itu. Malah, Aiman membalas pertikaian itu dengan mengatakan sebelum ini ada sahaja kisah hidup artis lain disiarkan dalam rancangan itu.

Eh, tadi kata tidak kesah dengan apa yang netizen mahu katakan, ini macam kesah sahaja. Dah nama pun artis mestilah akan ada waktunya dihujani dengan kritikan dari netizen. Tak kan nak kena beri pujian saja.

Lagi-lagi kalau apa yang artis itu lakukan buatkan netizen berasa tidak puas hati, mestilah netizen mahu berikan pandangan mereka. Semua orang ada hak bersuara.

Kalau rasa tak suka kena kritik, jangan jadi artis, jadi orang biasa, sah-sah selamat dari dikritik. Tambahan pula, kalau bukan disebabkan netizen yang hidup ‘tak tenang’ ini, mustahil nama Aiman Tino boleh jadi terkenal, lagu “Ku Rela Dibenci’ boleh jadi meletup-letup.

Kata ku rela dibenci tapi kena kritik sikit dengan netizen dah pedih. Mungkin Aiman boleh belajar dengan dengan artis-artis lain yang meskipun sering menjadi bahan kritikan netizen tetapi mereka bersikap profesional dengan tidak memberikan sebarang komen negatif kepada netizen.

Kalau benci netizen pun benci dalam diam sahaja. Nanti, netizen merajuk tak mahu sokong setiap hasil kerja artis nanti susah pula artis  mahu cari makan. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *