Aishah Ditawarkan Produk Kopi Untuk Kuruskan Badan

Selepas isu tidak mendapat tajaan busana penyanyi dan juga peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah tersebar, banyak pereka telah tampil untuk menaja busana pakaikan sepanjang bertanding di dalam program itu.

Malah, pereka-pereka yang tampil itu juga bukan sebarangan kerana pernah mereka baju untuk bintang-bintang terkenal Hollywood. Aishah turut mengakui pada akhbar tempatan yang selepas isu itu timbul dia telah mendapat tawaran dari lebih 50 orang penaja.

Wah, nampak bukan calang-calang penyanyi tau Aishah ini, sekali sahaja isu itu timbul terus bersusun penaja datang buat tawaran kepadanya. Mungkin sebelum ini, penaja-penaja itu semua tidak tahu yang Aishah tiada penaja lagi sebab itu mereka mendiamkan diri.

Tapi, bukan tajaan busana sahaja yang diterima Aishah, katanya ada juga penaja yang ingin menaja produk kecantikan dan kesihatan kepadanya. Jelasnya ada satu tawaran yang diterimanya buatkan dia berasa kelakar dan ia adalah produk kopi kurus.

Namun, Aishah yang memang sangat terkenal dengan sikap tidak diva dan merendah diri itu mengatakan yang dia terharu dan bersyukur dengan situasi itu. Oleh itu, untuk tidak mengecewakan penajanya, Aishah memutuskan untuk bergilir-gilir memakai busana pereka itu dan cuba untuk memberikan layanan sama rata kepada mereka.

Sikap professional ini yang patut dicontohi artis-artis sekarang ini. Bukan dah dapat tajaan hebat tapi masih lagi bermasalah, bergaduh dengan pereka sebab tak pulangan baju lah. Apapun, tak sabar nak tunggu pentas GV4 minggu ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *