Alat Sulit Lelaki Ini Tersangkut Di Lubang Besi Gymnasium

Pernah tak korang pegi gim? Tak kisah la pergi untuk teman kawan ataupun korang sendiri yang bersenam.., pernah tak terjadinya sesuatu yang memalukan diri sendiri kat situ? Haa ni ada satu cerita yang agak memalukan terjadi kat sorang lelaki yang rasanya baru ‘first time’ masuk gim kot.

Kejadian ini telah berlaku pada seorang lelaki di Jerman. Mungkin disebabkan sel-sel otak dia sedang berhubung masa tu, dia terfikir untuk memasukkan kemaluanya ke dalam lubang besi pemberat yang seberat 2.5kg.

Apabila kemaluannya sudah tersepit dan tak boleh dikeluarkan, dengan perasaan yang tersangat mulu dia terpaksa meminta tolong daripada orang-orang yang berada dalam gim berkenaan.

Orang ramai telah menghantar lelaki itu ke sebuah hospital yang terletak berdekatan dengan bangunan gimnasium tersebut, malangnya doktor tidak dapat berbuat apa-apa kerana kemaluan lelaki itu telah mengembang sehingga susah untuk mengeluarkanya.

Mereka terpaksa meminta bantuan bomba untuk menyelamatkan lelaki berkenaan. Setelah diberi ubat bius, pihak bomba terpaksa menggunakan beberapa jenis alatan angle grinder, sebuah gergaji dan juga alat penyelamat hidraulik untuk memecahkan besi pemberat tersebut.

Selepas 3 jam kemudian, kemaluan lelaki tersebut telah berjaya dikeluarkan dengan selamat. Pasukan bomba itu juga telah memuat naik beberapa keping gambar
di laman facebook mereka dengan meletakkan caption : Tolong jangan tiru ‘aksi’ seperti ini.

Jadi, lepasni berhati-hati lah nak gunakan alatan gimnasium ye.. pergi sana untuk bersenam tau jangan pikir benda lain nanti tak pasal-pasal tersangkut ‘anu’nya kena panggil abang bomba pulak tolong keluarkan. Buat malu je. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *