Ameng Tolak Tawaran Menyanyi Di Tempat Haram

Tahun lepas, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Sampai Hati’, Ameng (Spring) telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan yang dia akan menolak undangan nyanyian yang diterimanya jika ia diadakan di tempat haram.

Maksud tempat haram yang dimaksudkan Ameng pada kenyataanya itu adalah tempat yang menjual minuman keras dan menawarkan perkhidmatan GRO kerana sejak berada di dalam penjara lagi, dia sudah bernekad ingin menjauhkan diri dari tempat-tempat seperti itu.

Malah, Ameng turut mendedahkan yang dia sebenarnya telah menerima banyak tawaran untuk menyanyi di tempat-tempat seperti itu tetapi terpaksa menolak tawaran itu secara baik. Mungkin pada setengah orang itu satu kerugian tetapi tidak pada Ameng.

Dia lakukan itu semua bukan kerana ingin berlagak baik tetapi dia tidak mahu dilihat seolah mempromosikan tempat itu kerana dari orang tak tahu apa yang ada dalam tempat itu tetapi disebabkan ingin melihat persembahan Ameng, terus orang jadi tahu.

Malah, pendiriannya itu juga tidak mengecualikan kawan-kawannya dan memilih untuk tidak menghadiri majlis yang kawan-kawannya ajurkan jika di kelab.

Pendirian seperti itu membuktikan yang Ameng benar-benar sudah berubah dan ingin memulakan hidup baru ke arah kebaikan dengan tidak menerima sebarangan tawaran yang diberikan kepadanya hanya kerana ingin mencari wang pendapatan.

Sikap Ameng ini patut dijadikan sebagai satu contoh kepada artis-artis lain kerana rezeki Allah SWT luas dan ia tidak semestinya hanya di dalam kelab. Meskipun, pada sesetengah penyanyi perbuatan itu tidak salah kerana mereka hanya menyanyi di dalam kelab itu sahaja dan tidak minum atau melanggan.

Tetapi, bayaran yang mereka terima itu masih datang di tempat yang tidak sepatutnya. Bukan apa, selain dari mengejar kekayaan dan kejayaan di dunia, kita perlu ingat yang kekayaan dan kejayaan di akhirat itu lebih penting. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *