Awas! Kerap Minum Coca-Cola Bawa Kesan Buruk Pada Tubuh

Jika anda seorang penggemar minuman bergas seperti coca-cola, pepsi dan sebagainya, ini adalah berita buruk untuk anda. Sebaiknya berhentilah sekarang sebelum terlambat kerana minuman bergas ini sangat memudaratkan. Daripada minuman ini anda akan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti;

1. Kurang Vitamin

Kandungan Asid Fosforik yang dapat dalam coca-cola adalah bersamaan dengan kafien, yang mempunyai kesan diuretik. Ia akan mula mencuci nutrien dan vitamin keluar daripada badan anda sejurus selepas 60 mminit anda meminum minuman tersebut. Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku setiap hari. Seramkan!

2. Hakisan Gigi

Kandungan asid dan kemanisan yang terdapat dalam sebotol coca-cola adalah sangat tinggi, ia akan menyebabkan enamel dan kaviti. Sekiranya anda mempunyai tahap kalsium yang rendah disebabkan oleh kekurangan vitamin, gigi anda akan mula rosak dari dalam dan luar.

3. Anxiety

Coca-cola menyebabkan ketagihan disebakan kandungan kafien yang terdapat didalamnya sama seperti kopi. Ia juga akan menyebabkan anda berasa sakit kepala, murung dan letih jika anda berhenti meminumnya.

4. Obesiti

Coca-cola akan menyebabkan berat badan anda bertambah, Ini kerana ia dapat meningkatkan tekanan pada sistem imun dan kardiovaskular serta sendi dan tulang anda yang lemah disebabkan kekurangan kalsium.

5. Masalah Kulit

Ia mempunyai kesan yang sama seperti merokok, kerana memberi keradangan pada tubuh disebabkan kandungan gulanya yang tinggi. Ini akan menyebabkan garis-garis halus pada wajah kelihatan dan juga menjadikan kulit anda kusam dan kendur.

6. Masalah Jantung Dan Darah

Minum Coca-cola akan meningkatkan kadar kolesterol dalam darah dan akan menyebakan anda mudah dapat serangan jantung. Minum sebotol sehari sudah cukup untuk buat anda terkena penyakit darah tinggi.

7. Kanser

Molekul Benzene yang terdapat dalam coca-cola dan plastik botol itu akan membuatkan risiko anda menghidap penyakit kanser bertambah.

8. Masalah Buah Pinggang

Zero Coke yang dikatakan tanpa gula itu adalah tidak benar sama sekali kerana didalamnya terkandung gula tiruan yang tidak baik untuk buah pinggang manusia lebih-lebih lagi jika diminum setiap hari.

Bayangkanlah betapa tidak sihatnya minuman bergas kesukaan ramai ni. Jika dari kecil lagi kita sudah mula meminumnya jadi tidak hairan lah katil-katil dihospital penuh dengan pesakit. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *